1 February 2012

Ki-moon desak Palestin-Israel kembali berunding


AMMAN 31 Jan. - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon, hari ini memulakan misi damai Asia Barat bagi meningkatkan tekanan ke atas kepimpinan Palestin dan Israel untuk kembali ke rundingan secara terus.

Menurut pegawai, Ki-moon akan mengadakan rundingan di Amman dengan Raja Abdullah II dan Menteri Luar Jordan, Nasser Judeh.

Beliau juga dijangka menghadiri pertemuan utama esok dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Baitulmaqdis dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas di Tebing Barat.

Rundingan terus Palestin-Israel terhenti sejak September 2010. Kedua-dua pihak itu bertemu di sini bulan ini, tetapi rundingan masih tidak mencapai sebarang perkembangan.

"Kehadiran saya pada ketika ini amat penting. Saya akan menggalakkan pihak terlibat supaya bersungguh-sungguh mengadakan rundingan dan mewujudkan persekitaran positif agar kemajuan dapat dicapai," katanya pada satu sidang media di New York minggu lalu.

Menurut pegawai PBB, Ki-moon juga akan bertemu Presiden Israel, Shimon Peres serta beberapa pegawai dari kedua-dua pihak sepanjang kunjungannya.

Ketua Polisi Luar Kesatuan Eropah (EU), Catherine Ashton minggu lalu berkunjung ke Baitulmaqdis dan Ramallah bagi mendesak Netanyahu serta Abbas menyambung semula rundingan terus. Diplomat berkata, Amerika Syarikat (AS) juga meletakkan tekanan diplomatik ke atas Palestin dan Israel.

PBB merupakan antara Kuartet diplomatik yang menjadi pengantara rundingan damai Asia Barat bersama-sama EU, Rusia dan AS.

Palestin menghentikan rundingan terus pada 2010 sebagai membantah keengganan Israel untuk melanjutkan tempoh pembekuan sementara projek pembinaan rumah haram Yahudi di wilayahnya.

Ketika kuasa-kuasa antarabangsa terus mengutuk tindakan Israel tersebut, kebuntuan itu digunakan Palestin untuk mendapatkan pengiktirafan antarabangsa yang menyokong Palestin sebagai negara bebas selain permohonan sebagai anggota penuh PBB. - AFP

Related Posts:

  • Bekas penjual mesin taip beli 230 pesawat Boeing SEBUAH pesawat Boeing 747-400 milik Lion Air berada di sebuah landasan di Lapangan terbang Sukarno-Hatta di Tangerang semalam. Gambar kecil Rusdi Kirana. SINGAPURA - Seorang bekas penjual mesin taip, Rusdi Kirana mencipt… Read More
  • Wanita Iran berlatih seni ninja WANITA Iran ini mengimbangi badan dengan meletakkan kedua-dua belah kaki di atas badan dua rakannya dalam latihan di sebuah kelab Ninjutsu di Karaj pada Isnin lalu. TEHERAN, Iran - Sekumpulan wanita Iran menyertai kela… Read More
  • Dua buaya gergasi GAMBAR menunjukkan seekor buaya jantan gergasi dan seekor buaya betina dilihat oleh para pekerja sebuah ladang di bandar Palawan, Filipina kelmarin. BANDAR PALAWAN, Filipina - Beberapa pekerja memindahkan dua ekor buay… Read More
  • Ular Berkaki Empat DitemuiSebelum ini, seekor ular pelik berkaki dua telah ditemui di negara China (LINK), kini seekor ular yang lebih kurang sama iaitu seekor ular hitam yang bersaiz kecil telah dijumpai mempunyai 4 kaki di sebuah tempat di Malay… Read More
  • Yakjuj & Makjuj (Berita Gempar Dari NASA!!!)WASHINGTON — Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States! P… Read More

0 comments:

Post a Comment