25 January 2012

Orang kaya Azerbaijan bina bangunan tertinggi dunia

BAKU - Sebuah pemaju hartanah dalam minyak terkaya di Azerbaijan berhasrat membina pusat perniagaan tertinggi di dunia di rantaian pulau-pulau buatan di Laut Kaspia.

Pengarah pemasaran syarikat Avesta, Kana Guluzade berkata, rancangan untuk kompleks itu termasuk pusat perniagaan setinggi 1050 meter dan 27 peratus lebih tinggi daripada bangunan tertinggi dunia ketika ini iaitu Burj Khalifa di Dubai.

"Awalnya, menara ini hanya dirancang setinggi 560 meter, " katanya kepada agensi berita AP semalam.
Menurut Guluzade, projek yang diberi nama Pulau Khazar dan bakal dibina akhir 2013 itu merangkumi 41 pulau kira-kira 25 kilometer selatan Baku, melibatkan pembinaan hotel dan pangsapuri.

0 comments:

Post a Comment