14 January 2012

Nicol ratu Kota London

Nicol ratu Kota London
BERMULA dengan langkah cemerlang 2012, Datuk Nicol David membuktikan dirinya memang layak menghuni takhta terbaik arena skuasy dunia dengan mengungguli Kejohanan Skuasy Siri Dunia Akhir, semalam.

Di pentas akhir Queens Club, pertemuan dengan pemain nombor satu Ireland Madeline Perry, Nicol ditentang sengit sejak permainan di mulakan sehingga berjaya mengikat kedudukan 9-9 pada set pertama.

Rentak sama berterusan sehingga aksi set kedua, dengan Perry sekali lagi tidak mengalah dan cuba menjarakkan kedudukan sebelum Nicol menokhtahkan permainan dengan 11-9,11-9, dan 11-9 di set penentuan.

“Kemenangan ini merupakan permulaan baik bagi 2012 dan ia bukan sesuatu yang mudah untuk saya harungi sepanjang lima hari perlawanan dan berharap keputusan sama akan diperoleh pada perlawanan akan datang,” katanya.

 Selepas ini pemegang ranking nombor satu dunia selama 66 bulan sejak Ogos 2006 itu akan meneruskan cabaran di Kejohanan Cleveland Klasik pada 27 Januari hingga 1 Februari di Ohio, Amerika Syarikat.

Sementara itu, dalam aksi final lelaki, Amr Shabana (Mesir) akhirnya berjaya menawan Kota London buat pertama kalinya selepas bertungkus lumus menumpaskan pemain nombor tiga dunia Gregory Gaultier dari Perancis dengan catatan 6-11, 12-10, 11-7, 7-11, 11-8.

0 comments:

Post a Comment