15 January 2012

Kerusi pesawat JAL terbakar, pesawat berpatah balik ke Tokyo

TOKYO 15 Jan. - Sebuah pesawat Japan Airlines yang baru berlepas terpaksa berpatah balik selepas satu daripada kerusi penumpang di kelas perniagaan terbakar.
Menurut agensi berita Jiji Press dan Kyodo News, kebakaran kecil di pesawat Boeing 777 yang membawa 260 penumpang dan anak kapal itu berpunca daripada pemetik api, tetapi pemiliknya masih belum dapat dikenal pasti.
Walaupun tiada sebarang kecederaan berlaku, penerbangan ke Sydney dari lapangan terbang Narita itu terpaksa ditangguhkan. - AFP

0 comments:

Post a Comment