17 January 2012

India dakwa laman web hina pemimpin dan tokoh agama

NEW DELHI - Buat pertama kalinya, pendakwa raya India mengenakan tindakan ke atas laman sosial Google, Yahoo, Facebook dan lain-lain laman web ke mahkamah kerana enggan menyingkirkan bahan yang dianggap berunsur penghinaan terhadap pemimpin dan tokoh agama utama India.

Tindakan itu berikutan kerisauan di kalangan pegawai-pegawai kerajaan mengenai bahan yang disalurkan mengandungi unsur penghinaan terhadap Perdana Menteri Manmohan Singh, pemimpin Parti Kongres, Sonia Gandhi dan tokoh agama yang lain.

Kerajaan Persekutuan India memberitahu Mahkamah New Delhi, terdapat 21 rangkaian laman sosial cuba memprovokasi orang ramai dengan menggalakkan permusuhan antara kelas dan prejudis sehingga menggoyahkan intergrasi nasional.

Pendakwa raya turut menamakan beberapa buah syarikat yang mana jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan penjara lima tahun dan denda.

0 comments:

Post a Comment