14 January 2012

Iklan Premium Inside Iklan A Iklan D Misteri menyelubungi pembunuhan Osama

Persekitaran dan suasana  penuh misteri  menyelubungi pembunuhan pemimpin Al-Qaeda, Osama Bin Laden  oleh pasukan komando khas Amerika Syarikat (AS) di Abbottabad, Pakistan  awal pagi Isnin waktu Pakistan dan hari Ahad 1 Mei di Washington.

Pembunuhan kejam  dengan tembakan terhadap Osama dikepala dan dibahagian lain tubuh Osama yang dikatakan  tidak bersenjata membuktikan  tindakan keganasan pihak  AS dalam misinya  untuk membunuh pemimpin  kesayangan umat Islam itu. Jika benarlah  yang dibunuh itu adalah Osama, kerana ramai terutama  umat Islam masih meragui, maka kini  Osama  adalah Al-Syahid  Osama Bin laden.

Pembunuhan Osama menjadi tajuk berita  besar  akhbar-akhbar  dan saluran-saluran TV seluruh  dunia. Osama dibunuh dalam operasi khas yang diarahkan oleh Obama sebagai pemerintah tertinggi angkatan bersenjata AS. Obama mengarahkan pembunuhan dan Obama juga mengumumkan  kematian pejuang  dan jihadis ulong Islam di abad ini itu.

Beberapa hari selepas Osama  dibunuh di hadapan  anak-anak dan isteri-isteri serta keluarganya,  Obama  melakukan lawatan ke Ground Zero, kawasan peringatan  kemusnahan  menara berkembar Pusat Dagangan Dunia (WTC)  yang dirempuh oleh kapalterbang penumpang yang dikatakan dirancang oleh Osama.

Lawatan itu simbolik sebagai penyataan simpati kepada mereka yang terkorban seramai lebih 3,000 orang  akibat serangan kapalterbang penumpang  itu dalam  peristiwa yang di kenali  sebagai 9/11, iaitu  11 September 2001. Obama meletakkan kalungan bunga di kawasan peringatan itu dan menemui  kaum keluarga  mewakili mereka yang terkorban.

Obama secara simbolik memberitahu  rakyat AS bahawa  dendam telah berbalas. Osama yang  merencanakan  serangan itu kini telah  dibunuh. Rakyat AS bersorak gembira dan  Obama mengatakan  bahawa dunia kini  lebih selamat setelah  Osama  dibunuh.Rating  popolariti Obama yang rendah kerana isu-isu ekonomi dan sosial yang gagal ditanggani Obama telah melonjak naik kerana  pembunuhan itu.Obama akan bertanding bagi penggal kedua untuk  mengekalkan kepresidenannya  pada akhir tahun hadapan kerana itu dia perlu meningkatkan ratingnya dari sekarang.

Kenyataan  Obama itu disahut sama oleh Perdana Menteri NajibTun Razak dengan  kata-kata yang sama nadanya.Betapa hebatnya Najib kerana mempunyai tahap dan aliran pemikiran yang sama dengan Obama. Sekurang-kurangnya  mentornya, Tun Dr Mahathir  tidak berkongsi pandangan dengan Najib dan beliau  mengecam  tindakan Obama mengarahkan pembunuhan  kejam itu dengan  menceroboh memasuki wilayah Pakistan, sebuah negara berdaulat, walaupun Pakistan berkerjasama dengan AS dalam  perang menentang keganasan.

Semua rentetan dari mula hingga akhir  operasi pembunuhan ini diselubungi misteri, lebih-lebih lagi ia mengambil  tempat di sebuah rumah di Abbottabad, berhampiran markas akedami tentera  Pakistan dan bukan di pergunungan Tora Bora di sempadan Pakistan-- Afghanistan sebagaimana  yang dipercayai sebelum ini. Osama dikatakan tinggal di gua-gua sempadan itu dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat bagi mengelakkan pengesanan setelite  tentera AS yang meletakkan  hadiah berjuta-juta dollor kepada sesiapa yang dapat mengesan Osama sehingga  ditangkap atau dibunuh.

Tambah misteri lagi apabila  Osama  dikatakan tinggal dirumah itu beberapa tahun, mengikut maklumat awal dari isteri-isterinya yang kini ditahan pihak keselamatan Pakistan  dan ditempatkan dilokasi yang tidak diketahui oleh sesiapa.

Operasi  komando  tentera AS yang mengunakan  pasukan khas yang terdiri dari cabang-cabang angkatan tentera AS itu tidak  pun diberitahu kepada  pihak keselamatan Pakistan, kerana mengikut  pengarah CIA, Leon Pahetta perisikan Pakistan  tidak boleh dipercayai, tetapi masih  mengadakan kerjasama dengan Pakistan  dalam perang  menentang keganasan.

Serangan pasukan khas AS itu  mencerobuhi kedaulatan dan kemerdekaan  negara Pakistan, kerana AS melakukan operasi misi pembunuhan itu tanpa pengetahuan Pakistan apalagi  bantuan  tentera Pakistan.

Barrack Obama  yang pada mulanya  teragak-agak sama ada mahu mendedahkan gambar-gambar operasi pembunuhan dan mayat Osama untuk tontonan umum, akhirnya mengambil keputusan  untuk tidak mengeluarkan gambar-gambar itu.Ini telah menyebabkan ada prasangka teori konsperasi bahawa sama ada  Osama telah benar-benar dibunuh atau yang dibunuh bukan Osama.Tetapi  AS yakin yang dibunuh ialah Osama setelah contoh DNA dilakukan.

Alasan Obama bahawa penyiaran  gambar-gambar itu akan dijadikan propaganda yang akan digunakan  oleh pihak-pihak yang bersimpati dengan Osama  untuk bertindak membalas dendam.

Kehadiran Osama dan keluarganya di rumah berkenaan, tanpa sebarang kawalan, pasukan pengawalnya bagaikan beliau  mendedahkan diri  kepada risiko yang  paling merbahaya.Tetapi  mungkin juga dengan tinggal di rumah itu di kawasan yang menjadi lalulintas  kenderaan tentera Pakistan  menyebabkan  tiada sesiapa yang dapat mengagak atau menjangka  sasaorang seperti Osama berada ditumah itu. Ia mungkin untuk mengabui pandangan umum.

Mengikut  maklumat awal dari salah saorang isterinya, mereka tinggal di situ  beberapa tahun lalu tanpa dapat dihidu bau kehadirannya. Atau pun maklumat itu tidak benar dan bahawa  Osama hanya  baru tinggal disitu.Tetapi kenapa? Adakah Osama  sakit dan memerlukan  rawatan doktor. Pernah dimaklumkan bahawa Osama  mengidap sakit buah pinggang dan memerlukan  rawatan dialysis. Maklumat-maklumat perisikan ini  tiada siapa yang dapat mengesahkan  kesahihannya. Di kamarnya, selepas beliau di bunuh, ditunjukkan  barisan botol-botol ubat yang digunakan oleh Osama.

Kehidupan Osama sebagai saorang yang diburu dan kerana itu semuanya ini  tidak dapat disahkan kesahihannya. Ia menambahkan misteri  mengelilingi  pembunuhan  Osama. Atau pihak perisikan  AS  memang sudah mengetahui kehadiran Osama di rumah itu  sejak sekian lama dan melakukan operasi serangan misi membunuh  pada  tarikh  berkenaan untuk  menimbulkan  anasir-anasir  kejutan dan  mendramakannya.

Osama sebelum ini pun  pernah dikatakan telah terbunuh dalam serangan-serangan  tentera AS dikawasan pergunungan bergua di Tora Bora  di sempadan Pakistan-Afghanistan. Ada  juga andaian  mengatakan  Osama  dikawal selia dan dijaga oleh  perisikan ISI Pakistan.

Inilah kehidupan misteri yang dijalani oleh Osama  yang telah meninggalkan kekayaan  dan hidup mewah hasil peninggalan harta  yang diwarisi dari ayahnya untuk berjihad dijalan Allah dengan mengangkat senjata  menentang  penjajahan, penaklukan, penguasaan  AS dan barat  terhadap negara umat Islam dan ummah seluruhnya.

Osama meninggalkan  kesenangan dan kemewahan  dunia  untuk berjuang menentang ketidakadilan. Beliau bukan pengganas sebagaimana yang dilabelkan oleh AS dan barat.tetapi yang mengganas ialah  AS dan sekutunya. Mereka mengganas di semua negara umat Islam, di Afghanistan, di Iraq, Pakistan, Palestin dan negara umat Islam lain.

Kenapa Osama mengangkat senjata  untuk berjuang menentang  kuasa AS dan barat? Kerana kuasa-kuasa ini dengan konco-konconya menyembelih  umat Islam di mana-mana jua. Lihatlah apa yang berlaku di Palestin, Iraq, Afghanistan, Pakistan dan lain-lain  negara umat Islam.

Dasar-dasar  talam dua muka AS dan baratlah yang membentuk pribadi dan perwatakan Osama  untuk berjuang  seadanya menentang satu kuasa tentera  terbesar dunia.Osama  yakin dan percaya kepada janji Allah, kerana memang Osama dikatakan  sejak kecil lagi  merupakan saorang yang taat beragama  dan memahami Islam  sesyumulnya.

Osama bukan sahaja di tembak dengan kejam tetapi  diberi penghinaan  dengan mencampakkan  mayatkan ke laut. Perjalanan  episod-episod ini  dari pembunuhannya hingga  mencampakkan mayatnya di laut tidak diketahui umum.Hanya Barack Obama dan pasukan pentadbirannya dan pembantu-pembantu kanannya di Rumah Putih sahaja yang mengetahui  segala-galanya.

Di sisi pembunuhnya, mayat Osama di campakkan kelaut tetapi di sisi Allah, Insya Allah. Osama di berikan kemuliaan.Tiada siapa mengetahui kecuali mereka, bagaimana  mayat Osama  diuruskan.Tetapi  urusan  mayat saorang yang syahid tidak memerlukan  pengurusan jenazah kematian biasa  dalam Islam yang memerlukan  dimandikan, dikapankan dan disolatkan. AS tidak mahu meninggalkan sebarang kesan sejarah peninggalan Osama, kerana itu selepas dibunuh, mayatnya dibawa pergi dan dicampakkan di tengah-tengah laut.

Segala misteri yang menyelubungi  pembunuhan Osama ini lambat laun akhirnya  akan diketahui , walau bagaimana sekalipun  cuba dirahsiakan oleh  pihak yang membunuhnya kerana bimbangkan kesan balas  oleh umat Islam, jika didedahkan  perincian  serangan  terhadap Osama dan pembunuhanya serta  campakan mayatnya kelaut. Dalam waktu yang  singkat akan keluar buku  mengenai Osama dan akan ada pihak yang akan membuat filem  mengesahkan kehidupan Osama dan kematiannya.

Nampaknya AS dan sekutunya lebih  takut ketika Osama  sudah syahid dari ketika beliau masih hidup. Risiko yang diambil oleh  Obama  dengan mengarahkan pembunuhannya kini sedang menghantui pentadbiran AS dan  pentadbiran negara-negara  barat dan sekutu-sekutunya serta talibarut-talibarutnya. Semua negara-negara ini sedang meningkatkan tahap pengawalan keselamatan mereka, kerana tiada siapa  yang mengetahui berapa ramai mereka yang bersimpati dengan Osama dan  sanggup melakukan  sesuatu sebagai reaksi balas terhadap  pembunuhan Osama.

Pembunuhan Osama tidak menyelesaikan apa yang cuba di selesaikan oleh pentadbiran Obama, perang menntang keganasan atau ‘war on terror’bahkan ia  tambah merumitkan keadaan kerana  kematian Osama akan lebih mengesankan perjuangan jihad yang diasaskan oleh Osama. Perjuangan Osama adalah sesuatu yang berinspirasi, bermotivasi dan berideologi. Ia tidak  akan dapat di hilangkan  dengan  pembunuhan Osama.Obor perjuangannya  yang  sedemikian  akan  mampu mengilhami  bakal-bakal pengikut setianya yang akan menggantikannya untuk  meneruskan perjuangan.

Perjuangan  jihad Osama tidak akan padam dengan pemergiannya, bahkan  ia akan  tambah  menyalakan api perjuangan  yang dimulakannya.Osama terlibat secara langsung   berjihad ketika  Afghanistan dijajah oleh bekas Kesatuan Soviet dan meneruskannya sehinggalah  beliau dibunuh dengan kejam dan ganas oleh pasukan khas tentera AS awal pagi isnin lepas. Balasungkawa untuk Osama. Daripada Allah kita datang kepada Allah kita kembali.Osama  kembali kepada Allah dengan digniti sebagai saorang yang syahid.

0 comments:

Post a Comment