27 January 2012

Gol final 1986 jadi kenangan

BBERAPA rakan terdekat Allahyarham Razali  memberi penghormatan terakhir ketika jenazah arwah tiba di rumahnya, malam tadi.
BBERAPA rakan terdekat Allahyarham Razali memberi penghormatan terakhir ketika jenazah arwah tiba di rumahnya, malam tadi.
 
NAMA Razali Alias – bekas pemain Selangor yang berasal dari Singapura mungkin tidak segagah Fandi Ahmad, tetapi aksinya di atas padang disebut lebih hebat berbanding rakan senegaranya itu.

Razali yang menghembuskan nafas terakhir, petang semalam di Hospital Selayang, Kuala Lumpur kerana hati gagal berfungsi, adalah antara pemain yang mempunyai kecintaan mendalam terhadap bola sepak Malaysia. Beliau berusia 51 tahun. 

Satu ketika dia sanggup mengorbankan tanah tumpah darahnya untuk berpindah demi kerjaya bola sepak bersama Selangor. Namun, kerana pernah menyarung jersi pasukan kebangsaan Singapura, impian Razali menjadi pemain kebangsaan terhalang dengan peraturan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang melarang seorang pemain mewakili dua negara. 

Bagaimanapun Razali tetap membuktikan kehebatannya dalam kancah Liga Malaysia dan antara yang paling menjadi kenangan ialah gol cantik Allahyarham ketika membantu Selangor bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Johor pada final Piala Malaysia 1986.

Sepanjang kerjayanya bersama Selangor, Razali pernah membantu skuad Gergasi Merah itu meraih kejuaraan Piala Malaysia pada 1982, 1984 dan 1986. Razali juga pernah menjadi jurulatih skuad Tentera pada 2009 dan penolong jurulatih Selangor musim 2006-2007.

Jenazah allahyarham dibawa ke rumahnya di 41, Lorong Lautan Samudra 9/3, Seksyen 9, Puncak Alam dan dikebumikan, lewat malam tadi di tanah perkuburan Islam FELDA Bukit Cerakah, Puncak Alam, Shah Alam.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Rosnah Mohd Tahir dan lima orang anak, dua lelaki dan tiga perempuan

0 comments:

Post a Comment