amuk-kereta
SEREMBAN – Polis sedang giat menjejaki sekumpulan 30 lelaki bermotosikal yang memecahkan cermin 28 buah kereta penghuni rumah pangsa Lobak, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, pihaknya sudah mengenal pasti dua suspek.

“Buat masa ini, kita belum pasti motif kumpulan berkenaan bertindak demikian,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Semalam, Sinar Harian melaporkan cermin 28 buah kenderaan milik penduduk yang diletakkan di tempat letak kereta rumah pangsa itu dipecahkan oleh sekumpulan 30 lelaki kira-kira jam 2 pagi itu.

Mereka membawa senjata tajam dan dikatakan mencari seorang individu dipercayai tinggal di kawasan rumah pangsa berkenaan, tetapi individu tersebut tidak dikenali penduduk.