16 February 2012

Tiga Gadis Murtad Kerana Cinta


KUALA LUMPUR: Kemaruk cinta keterlaluan, bukan saja menyebabkan segelintir gadis Melayu tanpa berfikir panjang menyerahkan tubuh kepada teman lelaki, malah lebih menyedihkan ada yang sampai tahap keluar daripada agama Islam atau murtad.
Fenomena itu berlaku selepas mereka yang masih muda dan mentah, kurang kawalan ibu bapa serta cetek didikan agama, bercinta dengan lelaki bukan Islam lalu dengan mudah terpengaruh anutan agama kekasih masing-masing.

Ikuti pengalaman tiga gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Rina, Azlin dan Laili kepada Harian Metro mengenai keterlanjuran mereka sebelum diselamatkan dan kini diberi bimbingan untuk kembali ke pangkal jalan.

RINA, 20, dari Melaka
“Saya bersekolah sehingga Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan tinggal bersama ibu selepas dia dan ayah bercerai ketika saya kecil. Sebagai satu-satunya anak perempuan dalam keluarga, saya dimanjakan dan segala kemahuan dituruti.

Kerana tidak minat belajar, saya mengambil keputusan untuk bekerja pada usia masih muda dan daripada situ mula bergaul dengan rakan termasuk yang bukan Islam.

Hampir setiap malam saya keluar berhibur di kelab malam dan arak menjadi minuman biasa. Saya gembira dengan kebebasan dimiliki terutama selepas hidup menyewa dengan rakan.

Related Posts:

  • Apabila Sahabat Meminta Kain Kesayangan Rasulullah SAW Memang sudah menjadi fitrah, sesuatu barangan yang kita rasa sayang, seperti agak berat untuk memberikan kepada seseorang. Ini kerana barang itu seperti sudah menjadi sesuatu yang biasa bagi kita. Tetapi ia tidak berlaku … Read More
  • Kisah Wanita Mengumpat Yang Sukar DiKafankan Menjalani kehidupan dengan gemar mengumpat orang adalah satu perbuatan yang amat ditegah dalam Islam. Mengumpat adalah satu sifat yang suka memburuk-burukkan individu tertentu di hadapan orang lain. Gambar Hiasan Setiap… Read More
  • Memahami Konsep Sebenar Menjadi Hamba Allah Sebagai hamba Allah, kita wajib menunaikan apa yang diperintahkan dan meninggalkan apa yang dilarang. Hamba Allah bila mana kita akui bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Dialah pencipta sekalian alam.  Umat ter… Read More
  • Tiga Perkara Yang Berat Tentang Solat Adakah kita mempunyai halangan untuk mengerjakan solat? Artikel ini adalah menyentuh tentag halangan mahupun kekangan dalam kita mengerjakan solat dari sudut secara zahir mahupun batin.  Kita diwajibkan untuk meme… Read More
  • Berpecah Belah Punca Umat Islam Ditindas Musuh Pernahkah kita terfikir mengapa pada hari ini umat Islam di dunia ini sering ditindas oleh bangsa lain. Sedangkan kita mempunyai jumlah umat Islam yang ramai. Adakah kerana enggan untuk sepakat atau seuka berpecah belah? … Read More

0 comments:

Post a Comment