16 February 2012

Saintis Cipta Satelit Pemusnah


Sekumpulan saintis Switzerland kelmarin menyatakan mereka sedang membina satelit yang dicipta untuk membersihkan angkasa lepas daripada sampah sarap termasuk satelit yang tidak digunakan lagi.

Satelit membersih angkasa lepas itu bernilai AS$11 juta (RM33.68 juta) dan diberi nama CleanSpace One.

Ketika ini, satelit itu sedang dibina di Pusat Angkasa Lepas Switzerland di Institut Persekutuan Teknologi Switzerland (EPFL) di Lausanne.

Satelit itu akan dilancarkan ke angkasa lepas dalam tempoh tiga hingga lima tahun.

Tugas pertama satelit itu ialah membantu memusnahkan dua satelit Switzerland yang dilancarkan pada tahun 2009 dan 2010.

Satelit tersebut akan mengejar satelit yang mahu dimusnahkan itu.

Ia kemudian mencengkam satelit tersebut dan dihantar untuk memasuki ruang atmosfera Bumi.

Satelit lama dan sampah-sarap yang dikumpulkan CleanSpace One akan terbakar dengan sendiri semasa ia memasuki ruang atmosfera Bumi. - Agensi

Related Posts:

  • Kapten kapal disoal siasat Kapten kapal persiaran mewah Costa Concordia, Kapten Francesco Schettino (kanan) diiringi seorang anggota Itali di Grosseto pada 14 Januari lalu. - AFP GIGLIO 17 Jan. - Kapten sebuah kapal persiaran mewah Itali, yang t… Read More
  • Tentera Korea Utara terlalu berkuasa - Jong-nam Gambar yang diambil oleh Agensi Berita Pusat Korea Utara pada 1 Januari lalu merakamkan Kim Jong-Un (tengah) diberi sambutan oleh tentera daripada division kereta kebal Korea Utara di satu tempat yang tidak dikenal pasti.… Read More
  • PBB latih pasukan pemantau Beberapa orang anggota Tentera Pembebasan Syria (FSA) mengibarkan bendera baru Syria di kediaman Khalidiya di bandar Homs pada 13 Januari lalu. – AFP GENEVA 17 Jan. – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam meng… Read More
  • PM Pakistan setuju hadir di mahkamah Yousuf Raza Gilani (kiri) bersalaman dengan Ketua Hakim Mahkamah Agung Pakistan, Iftikhar Mohammad Chaudhry dalam satu pertemuan di kediaman Perdana Menteri di Islamabad, baru-baru ini. - AFP ISLAMABAD 17 Jan. - Perd… Read More
  • Jumlah korban kini 27 orang Anggota Palang Merah Lebanon dan Pertahanan Awam Lebanon mengangkat satu mayat yang ditemui di bawah runtuhan apartmen di Fassouh, Beirut, kelmarin. - REUTERS BEIRUT 17 Jan. - Pasukan penyelamat terpaksa bertungkus lumus… Read More

0 comments:

Post a Comment