25 January 2012

Pernikahan Mustafa, Cinta tidak sah?

JAKARTA: Perkahwinan antara Mustafa “Debu” dan penyanyi Cinta Penelope pernah mengejutkan peminat mereka tidak berapa lama dulu. 

Kini timbul lagi kontroversi mengatakan pernikahan mereka itu tidak sah.

Pernikahan itu dikatakan tidak sah kerana tiada wali yang hadir daripada pihak Cinta.
Khabarnya juga, tiada saksi daripada kedua-dua pihak yang hadir dalam pernikahan itu. 

Sumber yang mahu namanya dirahsiakan memberitahu, “Pernikahan itu tidak sah kerana tidak ada wali dan saksi seperti yang dituntut dalam Islam.”
Namun begitu, Mustafa tetap dengan pendiriannya dan enggan untuk memberi komen mengenai pernikahannya itu.

“Mengenai urusan pernikahan kami, saya mohon maaf, itu hal yang saya tidak mahu cerita.
“Jadi, apa pun laporan yang dikeluarkan, respon saya cuma “tak ada komen,”” katanya. - Detikhot

0 comments:

Post a Comment