WASHINGTON: Penasihat Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat Tom Donilon berkunjung ke Israel, semalam untuk berbincang dengan pegawai kanan negara itu mengenai pelbagai isu, termasuk Iran dan Syria, kata Rumah Putih, semalam.
Pengumuman itu dibuat ketika Setiausaha Negara, Hillary Clinton dan Ketua Polisi Asing Kesatuan Eropah (EU), Catherine Ashton menyuarakan pendapat optimistik terhadap prospek untuk Iran kembali berbincang mengenai program nuklearnya bersama enam kuasa dunia.
Kunjungan pembantu kanan Rumah Putih itu adalah yang terbaru dalam beberapa siri kunjungan biasa dan pertemuan peringkat tinggi antara AS dengan Israel yang konsisten dalam kerjasama kukuh dua hala dan sebahagian komitmen tanpa berbelah bagi terhadap keselamatan Israel”, lapor kenyataan Rumah Putih itu.
Langkah itu dibuat ketika ketegangan antara Iran dan Israel memuncak, ekoran serangan terhadap diplomat Israel yang menuding ejen Teheran adalah dalang di sebaliknya.
Kunjungan itu juga dibuat sempena lawatan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu ke Washington bagi mengadakan perbincangan dengan Obama awal Mac depan apabila kedua-duanya akan menumpukan isu mengenai Iran dan kegagalan rundingan damai antara Israel dengan Palestin. - AFP
0 comments:
Post a Comment