4 February 2012

Tahfiz buta al-Quran

MINTA... pelajar tahfiz  mengutip derma di R&R  Seremban.
MINTA... pelajar tahfiz mengutip derma di R&R Seremban.
PORT DICKSON: Mereka mengaku murid dan pelajar tahfiz ketika mengutip derma atau melakukan jualan amal kononnya untuk membiayai pelajaran. Namun apabila didesak, mereka tidak fasih membaca al-Quran, malah lebih mengejutkan ada yang tidak boleh membaca kitab suci itu walaupun berusia 14 tahun.
Itulah senario mengejutkan yang berlaku terhadap kanak-kanak dan remaja terbabit yang sebahagian besarnya anak ahli kumpulan bekas pertubuhan al-Mansur.

Pertubuhan itu ada kaitan dengan ajaran Azhar Wahab yang diwartakan sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 2003 dan lapan lagi majlis fatwa negeri.

Seakan-akan kem tentera, kumpulan kanak-kanak terbabit direkrut menjadi ‘skuad elit’ bagi mengutip derma dan menagih simpati orang ramai selain dibayar RM10 seorang, menyebabkan ramai antara mereka lebih gemar keluar ‘bekerja’ berbanding mengikuti kelas pengajian al-Quran.

Perkembangan mengejutkan itu didedahkan bekas pengikut yang juga guru agama kelas al-Quran pertubuhan berkenaan.

Dia pernah mengajar kumpulan kanak-kanak terbabit di bangunan rumah kedai yang disewa pertubuhan itu sejak beberapa tahun lalu.

Related Posts:

  • Macam-macam akhir zaman niKUALA LUMPUR: Aksi ‘catwalk’ pelayan pelanggan (GRO) sambil menari dan menyanyi dengan pakaian separuh bogel menjadi santapan mata buat pelanggan sebuah pusat hiburan di Kepong, di sini. Pusat hiburan yang tahun beroperasi … Read More
  • Ajal maut ditangan TuhanSEPANG: Sudah ajalnya, percubaan seorang wanita berusia 36 tahun bersembunyi di dalam bilik air sebaik dapur rumahnya terbakar gagal menyelamatkannya. Dia mati lemas dan melecur seluruh badan. Dalam kejadian jam 8.40 pagi… Read More
  • Mati mengejut ditimpa pagarKUALA TERENGGANU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun meninggal dunia selepas ditimpa pintu pagar besi ketika bermain di rumah datuknya di Kampung Tok Saboh, Kuala Besut, Besut, kelmarin. Dalam kejadian jam 10 p… Read More
  • Ustazah cukur bulu kening dan penyebar fitnahMembaca tulisan Dr Mashitan Ibrahim di akhbar Sinar Harian, terasa teramat pelik dengan Ustazah ini, tak padan dengan gelaran Ustazah dan Doktor. Sehingga ada yang memberi komen ustazah pencukur bulu kening menjadi penyebar f… Read More
  • Mahathir tengah nazak, dah hampir matiApa lagi yang akan diperkatakan oleh Mahathir di masa akan datang.Kami anak-anak muda pun merasa hairan dengan gelagat Mahathir yang tak sudah-sudah hendak babitkan diri dalam politik.Sudah-sudah la tu atuk umur sudah samp… Read More

0 comments:

Post a Comment