19 February 2012

Iran Tak takut pada Ancaman Perang daripada Amerika


Tentera Iran mengambil bahagian dalam acara peringatan 33 Tahun Revolusi Islam Iran di Lapangan Azadi di Tehran
TEHERAN, - Seorang komander senior Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC), mengatakan Iran tidak akan tunduk pada ancaman perang atau sekatan ekonomi Barat’ "Ancaman terhadap Iran tidak akan berjaya dan rakyat (Iran) tidak akan menyerah pada penindas gara-gara sekatan (Barat)," kata Brigadier Jeneral Hossein Salami.

Seorang lagi komander IRGC, berkata jika Israel menyerang Iran, maka negara Yahudi tersebut akan menghadapi akibat parah dari "pembalasan yang mengerikan".

Iran itu mempunyai kemampuan ketenteraan dan kekuatan yang berlimpah untuk membalas setiap ancaman terhadapnya sehingga Amerika Syarikat dan Israel tak berani melancarkan serangan tentera terhadap Iran, kata Ketua Jabatan Perhubungan Awam IRGC Leftenan Jeneral ramezan Sharif.

Ia juga mengatakan setiap serangan tentera terhadap Iran akan mempunyai kesan mengerikan yang tak terbayangkan bagi Washington dan semua sekutunya.

Sementara itu, Ketua Staf Umum Tentera Rusia Nikolai Makarov, berkata Iran "bukan duri dalam daging" bagi sebahagian negara, dan semua negara mungkin "membuat keputusan" mengenai Iran dalam waktu terdekat.

"Saya kira satu keputusan akan dibuat paling lambat pada musim panas," kata Makarov, tanpa memberi butir-butir mengenai apakah ia merujuk kepada serangan tentera.

Ketegangan antara Iran dan Amerika bergolak, apabila Amerika menuduh Tehran berusaha membuat senjata nuklear melalui program pengayaan uranium, tuduhan yang ditolak dengan tegas oleh Republik Islam tersebut.

Amerika Syarikat dan sekutu Eropanya telah memperluaskan sekatan terhadap Iran hingga mensasarkan eksport minyaknya, jalur kehidupan ekonomi negara Parsi itu.Tindakan tersebut mencetuskan ancaman dari Iran untuk menutup Selat Hormuz, salah satu pusat yang paling penting bagi penghantaran minyak di dunia.

Washington Post, mengambil keterangan Menteri Pertahanan AS Leon Panetta awal Februari, melaporkan Israel "mungkin menyerang" Iran yang paling cepat pada musim bunga.

0 comments:

Post a Comment