3 February 2012

PAS tidak pernah iktiraf negara Israel

PAS bertegas menolak kewujudan negara Israel, sebaliknya akan terus memperjuangkan hak rakyat Paleshttp://2.bp.blogspot.com/-a68BziWl62k/TkZrh2F2ZCI/AAAAAAAAG7w/R7yY8WZiM9E/s400/mat-sabu.jpgtin untuk sebuah negara berdaulat, kata Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian PAS terhadap sebarang bentuk cadangan atau usaha pihak antarabangsa dalam mengiktiraf kewujudan negara Israel

Mohamad yang semasa dihubungi berada dalam majlis di Langkawi berkata, sejak tahun 1948 kekejaman Israel membunuh rakyat Palestin tidak boleh dilupakan, malah tidak boleh dimaafkan.

Israel membakar kampung- kampung, rumah-rumah penduduk Palestin, mereka mengusir keluar dan membunuh secara kejam untuk merampas tanah Pa lestin, katanya.

Sejak dari dahulu lagi, PAS sendiri tidak pernah mengiktiraf mahupun bersetuju untuk mana-mana pihak yang menyebelahi Israel, katanya.

Mereka mendapat tanah itu secara kejam, membunuh dan menghalau rakyat Palestin daripada buminya sendiri, katanya.

Isreal tidak menjajah, tetapi merampas secara kejam bersama tentera Haganah pada tahun 1948, ujarnya.
Justeru, beliau mengulangi pendirian bahawa PAS akan terus memperjuangkan rakyat Palestin lantas tidak mengiktiraf Israel.

“Kita terus menyokong Hamas yang mempertahan dan memperjuangkan rak yat Palestin. Kita sama sekali tidak pernah mengiktiraf Israel, ini pendirian PAS.” tegasnya.

Sejarah kekejaman Israel Pada 1947, ada kira-kira 630,000 orang-orang Yahudi di Palestin dan 1.3 juta rakyat Palestin.

Dalam proses pembahagian Palestin oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 29 November 1947 dan penubuhan kerajaan Israel pada 15 Mei 1948, rakyat Israel berjaya mendapat bahagian tanah Palestin yang cukup banyak.

Kesan dari tekanan dan pembunuhan di kampungkampung Palestin, bilangan rakyat Palestin yang tinggal di dalam kira-kira 500 buah bandar, pekan dan perkampungan jatuh dari 950,000 orang kepada 138,000 orang.
Kebanyakan dari mereka telah dibunuh, dan yang lain telah diusir keluar. Kumpulan pengganas Zionis yang kemudiannya menjadi pasukan askar Israel telah menyerang perkampungan umat Islam pada waktu malam.
Umat Islam ditembak, dan ke mana sahaja kumpulan ini pergi mereka pasti melakukan pembakaran dan kemusnahan.

Dengan cara ini, kira-kira 400 buah perkampungan Palestin dilenyapkan dari peta pada tahun 1948 dan 1949.
Harta milik rakyat Palestin yang ditinggalkan telah diambil-alih dengan menggunakan Undang-undang Harta Tidak Bertuan.

Sehingga 1947, pemilikan tanah di Palestin oleh rakyat Yahudi adalah dalam 6 peratus. Apabila negara Israel telah ditubuhkan, mereka merampas 90 peratus daripada jumlah tanah.

Penduduk Arab Palestin hanya ditinggalkan dengan dua kawasan yang ber asingan, iaitu Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.

Sehingga kini sebahagian besar umat Islam yang dipaksa keluar dari tempat yang telah mereka duduki selama beratus-ratus tahun masih berada di kem-kem pelarian.

Bilangan rakyat Palestin yang hidup di kem-kem pelarian, termasuklah juga di negara-negara jiran seperti Lebanon dan Jordan, berjumlah 3.5 juta orang. Rakyat Palestin terus hidup dalam keadaan sentiasa dibayangi ketakutan untuk dibunuh, dicedera atau ditahan. Ini kerana mereka yang tinggal di kem-kem sering mengalami serangan bersenjata oleh kumpulan Yahudi fanatik yang tinggal di kawasan petempatan yang berhampiran, terutama sekali

0 comments:

Post a Comment