2 February 2012

Perbicaraan kes bapa kurung anak 5 Mac

BUTTERWORTH - Mahkamah Majisteret di sini menetapkan 5 Mac ini untuk perbicaraan kes Tan Hooi Keong, 43, yang dituduh mengurung dua orang anaknya berusia enam dan dua tahun di dalam bilik air yang boleh menyebabkan kecederaan fizikal dan emosi.

Majisteret Mohd. Zamir Suhaimee membuat keputusan itu bagi membolehkan mahkamah memperoleh laporan perubatan kedua-dua kanak-kanak itu yang masih belum siap.

Hooi Keong menghadapi dua pertuduhan, yang pertama menyebabkan kecederaan fizikal dan emosi terhadap Tan Ming Zhi, 6, dengan merantai kaki anak perempuannya itu dengan rantai besi dan mengurungnya di dalam bilik air pada 28 Disember 2011, antara 3 petang dan 8 malam.

0 comments:

Post a Comment