24 July 2012

Syria tolak mentah-metah tawaran Liga Arab

Syria telah menolak seruan dan tawaran Kesatuan Liga Arab kepada Presiden Bashar al-Assad untuk menyerahkan kuasa dan menerima 'perlindungan'.

"Kami menyesal bahawa Kesatuan Arab telah turun ke tahap ini tentang keadaan ahli lembaga ini," kata jurucakap kementerian luar negeri Jihad Makdissi pada persidangan media.

"Keputusan ini hanya melibatkan orang Syria, yang merupakan penguasa tunggal nasib pemerintah mereka." tegasnya.

"Jika negara-negara Arab yang bertemu di Doha jujur, Tentang keinginan untuk menghentikan pertumpahan darah, seharusnya mereka menghentikan bekalan senjata mereka dan menghentikan hasutan dan propaganda mereka kepada rakyat Syria," kata Makdissi.

"Semua kenyataan mereka munafik." tegasnya menyerang negara-negara Arab.

Kesatuan Arab pada hari Isnin telah menyeru Presiden Syria Bashar al-Assad untuk segera menyerahkan guna kuasa menamatkan rusuhan di negaranya, "Ada kesepakatan tentang perlunya pengunduran diri Presiden Bashar al-Assad," kata Sheikh Hamad bin Khalifa Al-Thani kepada wartawan selepas pertemuan peringkat menteri Kesatuan Arab di Doha yang berakhir Isnin (23/7).

Kesatuan Liga Arab juga mendesak pemberontak Tentera Pembebasan Syria untuk membentuk kerajaan peralihan perpaduan nasional.
   
"Kami menyeru kepada pembangkang dan Tentera Pembebasan Syria untuk membentuk suatu kerajaan kesatuan nasional," kata Sheikh Hamad ketika ia menyampaikan hasil pertemuan Kesatuan Arab.
Senjata Kimia

Pada sidang media asing kementerian, kerajaan Syria mengakui untuk pertama kalinya bahawa ia mempunyai timbunan senjata kimia dan biologi. Namun, rejim Bashar Assad membantah mereka menggunaan senjata tersebut untuk menyerang rakyat Syria dan kaum pembangkang.

Jihad Makdissi mengatakan bahawa kerajaan hanya akan menggunakannya dalam kes serangan asing dan tidak pernah secara dalaman menggunakannya untuk menyerang rakyat negaranya sendiri.

"Tidak ada senjata kimia atau biologi yang akan digunakan, dan saya ulangi, tidak akan pernah digunakan, selama krisis di Syria. Tidak peduli apa perkembangan di dalam wilayah Syria nantinya," kata jurucakap Makdissi.

"Semua jenis senjata berada dalam simpanan dan di bawah keselamatan dan pengawasan langsung dari angkatan bersenjata Syria dan tidak akan digunakan kecuali Syria terkena serangan luaran." tegasnya.

0 comments:

Post a Comment