6 July 2012

Muslimat Mesir Lancarkan Saluran TV Wajib Berpurdah

Saluran TV satelit pertama Mesir yang sepenuhnya dikendalikan oleh wanita yang mengenakan purdah akan dilancarkan pada 20 Julai, menandakan hari pertama bulan Ramadhan.

Semua pekerja di saluran baru yang bernama Maria, serta para tetamu yang menjadi pembicaraan dalam program-programnya adalah wanita yang mengenakan niqab atau purdah, menurut Safaa al-Refaie, pimpinan stesen TV baru tersebut.

"Niqab adalah garis merah yang tidak boleh dilanggar," ujar Refaie seperti dilaporkan oleh akhbar pemerintah Mesir, al-Ahram. Dia menolak untuk mendedahkan sumber pembiayaan saluran tvnya.

Maria adalah nama dari salah satu isteri Nabi Muhammad saw, yang mempunyai latar belakang Kristian Koptik Mesir. Sebahagian besar program saluran baru ini akan fokus pada acara keagamaan dan kehidupan perkahwinan.

"Mesej kami akan diarahkan kepada perempuan Muslim, mengajar mereka sunnah Nabi Muhammad," kata Refaie.

Refaie menambah, saluran ini dibuka juga dengan maksud untuk mendapatkan kembali martabat perempuan dalam niqab. Selama beberapa dekad terakhir perempuan dengan niqab kerap dianiaya dan dikenakan pemutusan hubungan kerja. Ketika era bekas Presiden Mesir Husni Mubarak, pengenaan tudung dilarang di saluran TV Mesir. Pengacara perempuan tidak dibenarkan untuk muncul di skrin dengan memakai tudung.

Jika saluran tersebut menyiarkan program tentang suatu masalah dan tidak dapat mencari seorang penceramah yang memakai niqab, maka, menurut Refaie, saluran akan memberi mereka dua pilihan: baik untuk memakai niqab sementara selama program, atau wajah mereka dikaburkan saat program sedang ditayangkan.

Yasser Abdul Aziz, seorang ahli Media Mesir mengatakan bahawa ia menganggarkan saluran tersebut tidak akan mampu bertahan lama, walaupun mungkin menarik sejumlah besar penonton. Menurutnya, selama lima dekad terakhir, saluran yang mencapai puncak popular adalah mereka yang bergantung pada nilai-nilai sederhana.

Sementara itu, aktivis hak asasi manusia Mesir Negad al-Boraire menggambarkan Maria sebagai 'latihan' dari kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat. Ia mengatakan bahawa sekatan wanita tanpa tudung dalam program-program di Maria, bukanlah bentuk diskriminasi.

Sejak tumbangnya Mubarak, pada Februari 2011, aktivis Islam semakin menunjukkan peranan dalam perpolitikan di Mesir. Negara ini diperintah oleh Muhammad Mursi, yang mempunyai akar dalam kumpulan Ikhwanul Muslimin, yang dilarang di bawah pemerintahan Mubarak.

0 comments:

Post a Comment