18 July 2012

Kumpulan pejuang pembebasan Syria mengaku bertanggungjawab atas letupan di Damsyik

Dua kumpulan pejuang pembebasan Syria mengaku bertanggungjawab atas letupan di Damsyik pada hari Rabu 18/7 lalu yang mengorbankan beberapa pegawai kerajaan tingkat atas. Kumpulan itu menyebut serangan itu sebagai serangan berjaya di pusat pemerintah.

Televisyen pemerintah Syria mengatakan "pengeboman pengganas" telah mengorbankan Menteri Pertahanan Daoud Rajha serta Assef Shawkat (saudara ipar Presiden Bashar al-Assad) dan wakil menteri pertahanan. Beberapa yang lain juga mengalami kecederaan parah.

Dua kumpulan pemberontak mendakwa mereka melakukan serangan itu, menyebutnya sebagai kemenangan melawan lingkaran dalam Assad.

Liwa al-Islam (Brigade of Islam), sebuah kumpulan Islam yang memiliki arti "Brigade Islam", mengatakan dalam sebuah kenyataan di laman Facebook-nya bahawa mereka telah "mensasarkan sel yang disebut kawalan krisis ruang dalam ibu kota Damsyik."

"Kami dengan senang hati memaklumkan kepada rakyat Syria dan khususnya masyarakat ibu kota bahawa Biro Keselamatan Nasional, yang merangkumi apa yang disebut sel pengurusan krisis, telah disasarkan dalam serangan bahan letupan oleh al-Sayyid Shuhada Brigade Liwa al-Islam," tulis kenyataan tersebut.

"Beberapa tokoh tunggak rejim telah terbunuh," katanya.

Seorang juru bicara Liwa al-Islam mengesahkan tuntutan melalui telefon tetapi membantah bahawa itu adalah serangan bunuh diri.

"Ya kami memang melakukan serangan itu. Tapi tidak ada pengebom bunuh diri," kata lelaki, yang meminta untuk dikenal pasti sebagai Abu Ammar.

"Orang-orang kami berjaya menanam bahan letupan improvisasi di gedung pertemuan. Kami telah merancang ini selama lebih dari sebulan," tambahnya.

Sementara itu kumpulan Free Syrian Army juga mendakwa bertanggungjawab atas serangan itu. Qasim Saadedine, juru bicara The Free Syrian Army mengatakan, "Ini adalah gunung berapi yang kita bicarakan, kita baru saja mulakan," katanya.

Sebuah sumber keselamatan di Syria mengatakan kepada Reuters bahawa pengawal pada lingkaran dalam presiden meledakkan bom di sebuah pertemuan para menteri dan keselamatan atas Presiden Assad dan pegawai tentera.

Akibat serangan pembunuhan tersebut, Menteri Pertahanan Daoud Rajha, Assef Shawkat (saudara ipar Presiden Bashar al-Assad) dan wakil menteri pertahanan terbunuh. Sedangkan Menteri Dalam Negeri Mohammad Ibrahim al-Shaar hanya cedera parah. Sementara kepala perisikan Hisyam Bekhtyar masih berada di ruang operasi, menurut sumber keselamatan Syria seperti dilaporkan Reuters

0 comments:

Post a Comment