19 July 2012

Aktivis Syria sebar Video Qaddafi dibunuh untuk beri amaran kepada Bashar al-Assad

Aktivis Syria mengedarkan apa yang mereka dakwa sebagai video pertama yang menunjukkan bekas orang kuat Libya Muammar Qaddafi mati.

Sami al-Hamwi, seorang aktivis Syria, yang mentweet video yang beredar di YouTube, memberi amaran kepada Presiden Syria Bashar al-Assad untuk mengingati apa yang terjadi dengan diktator Libya tersebut, demikian laporan laman alarabiya.net, Khamis 19 Julai.

Video yang diposting sebelumnya tentang kematian Qaddafi itu, tidak menunjukkan kematiannya, tetapi menunjukkan dia hidup saat ia ditangkap dekat Sirte. Video awal difilemkan oleh seseorang di tengah-tengah orang ramai dan kemudian ditayangkan di televisyen. Qaddafi ditunjukkan bingung, tercedera dan diseret kenderaan dan ditarik ke tanah dengan rambutnya.

"Biarkan dia hidup, biarkan dia hidup!" teriak seseorang di video pertama. Kemudian, Qaddafi keluar dari pandangan dan suara tembakan berbunyi keras.

Dalam video baru ditunjukkan Qaddafi tengah tenat, berdarah dan tidak mengenakan pakaian pada tubuh bahagian atas. Dia dikelilingi oleh pemberontak di dalam van dengan pintu belakangnya terbuka untuk memindahkan dia ke kerusi usung.

Orang banyak terdapat dalam video, ingin melihat tubuh Qaddafi yang cedera dan tidak begitu jelas mendengar apa yang dikatakan orang, kecuali meneriakkan "Allahu Akbar".

Video baru tiba-tiba beredar dalam masa kurang dari dua minggu sebelum pemilihan Libya yang berlangsung pada 7 Julai.

0 comments:

Post a Comment