5 February 2013

Wanita tidak layak menjadi pemimpin/guru besar di sekolah

Gambar Hiasan
Salah satu sebab prestasi pelajar-pelajar sekolah makin teruk di negara kita dan salah satu sebab guru-guru sekolah tidak ikhlas mengajar di sekolah ialah kerana majoritinya yang menjadi guru besarnya adalah perempuan.

Kalau dulu, budak-budak sekolah takut nak melakukan jenayah sosial dan sebagainya, kerana guru-guru besar sekolah adalah lelaki. Memang tidak dinafikan bahawa guru perempuan pandai membuat sistem files dengan lebih tersusun berbanding guru lelaki.

Tetapi pandai macam mana pun seorang guru perempuan itu membuat dan menyusun file-file dengan bermacam-macam warna dan bentuk yang kemas dan menarik. Tapi ia tidak boleh menjadi satu alasan guru besar perempuan itu boleh dilantik menjadi seorang pemimpin di sekolah. Ataupun dimana-mana badan organisasi sekalipun. Hadis terang-terang mengatakan bahawa ”Suatu kaum itu tidak akan bahagia apabila mereka menyerahkan kepemimpinan mereka kepada wanita” (HR. Bukhari )

Jika dulu apabila ibu bapa datang ke sekolah berjumpa dengan guru besar lelaki kerana hendak mengadu hal anaknya dirotan oleh cikgu. Maka guru besar lelaki itu dapat berdepan atau slow talk menyelesaikan masalah dengan ibu bapa secara bijak, professional, psychology dan tidak akan menyalahkan cikgu yang merotan anaknya itu.

Tapi majoriti guru-guru besar perempuan pula, apabila berdepan dengan masalah ibu bapa yang datang komplen tentang anaknya. Ia tidak dapat menyelesaikan masalah dengan ibu bapa itu dengan cara sama seperti guru besar lelaki selesaikan. Malah akan menimbulkan masalah lain disamping keadaan emosinya yang tidak terkawal.

Lalu keputusannya cikgu-cikgu pula dimarahinya dan dipersalahkan. Mana ada guru yang nak merotan dan memarahi pelajar-pelajar tanpa sebab. Zaman sekarang guru-guru sekolah tidak ada sokongan mana-mana pihak lagi, mahupun daripada kerajaan, PIBG, dan ibu bapa pelajar-pelajar itu sendiri. Jadi bagaimana kita boleh katakan cikgu-cikgu sekarang mengajar dalam keadaan betul-betul ikhlas. Sedangkan cikgu-cikgu sekarang ini hanya dikerahkan untuk dijadikan satu alat bagi menjaga prestasi sekolah semata-mata. Fikir-fikirkanlah bersama.

Related Posts:

  • Rakyat Malaysia Benci Mamak sebab Mahathir ?Sekarang kalau kita lihat, dah banyak masalah dibawa oleh Mahathir. Dahulu orang suka Mahathir. Sekarang dia dilihat seperti orang tua yang gila nak jadi PM semula. Sekarang ini mana-mana Mamak saya lihat di Malaysia saya… Read More
  • Nurul lari rumah demi jejaka Pakistan Nurul Zakiah SHAH ALAM – Pelajar tingkatan lima yang melarikan diri dari rumah sejak 14 Februari lalu, Nurul Zakiah Hidayah Azman, 17, mengakui dia bertindak sedemikian kerana cintanya terhadap teman lelaki warga Pak… Read More
  • Abang jadi Hero tolong 3 beradik Zuhamka Eqbal menunjukkan sijil penghargaan yang diterima dengan disaksikan oleh Masetah dan ahli keluarga yang lain di hadapan rumah mereka yang hangus di Pasir Mas semalam. PASIR MAS – Biarpun usianya baru sembilan ta… Read More
  • Rupanya ada lagi negara yang tak boleh dilawati rakyat Malaysia selain ISRAELJika sebelum ini, pemimpin NGO dan parti polik pembangkang dilarang daripada memasuki Sarawak, kini Sabah juga mengambil tindakan yang sama. Kali ini, giliran, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Maz… Read More
  • Nikmat kahwin dalam lokap DIN (kanan) menunjukkan sebahagian sijil cuti sakit palsu yang dirampas daripada seorang lelaki pada sidang akhbar di Batu Pahat, Johor semalam. BATU PAHAT – Seorang runner yang sering berurusan di Jabatan Pengangkutan … Read More

0 comments:

Post a Comment