2 February 2013

Pergaduhan Berakhir Dengan Tragis

TIGA SEKELUARGA MATI DI BUNUH DENGAN KEJAM DI SIBU, SARAWAK

Tragedi berdarah di Sungai Empawah Khamis lepas yang menyaksikan tiga sekeluarga mati dibunuh, dipercayai oleh tiga warga Indonesia, adalah berpunca daripada satu pergaduhan yang bertukar menjadi ganas antara seorang majikan dengan pekerjanya, dan bukan rompakan bersenjata seperti dikatakan berlaku sebelum ini.

Ketua Polis Sibu ACP Shafie Ismail berkata seorang daripada mangsa, Tiong Tang Ming, 69, mengupah tiga lelaki berusia lingkungan 20-an untuk menoreh di ladang getahnya.

Beliau berkata demikian pada sesi dialog bersama pemimpin Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Sibu diketuai pengerusinya, Datuk Sri Wong Soon Koh yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut kes itu.

Dalam insiden 7.30 malam itu, ketiga-tiga penyerang, dipercayai pendatang asing tanpa izin yang berhasrat pulang ke negara asal, menyerang Tang selepas dia dikatakan enggan membayar gaji mereka.

Mangsa terbunuh bersama anak lelakinya, Tiong King, 35, dan menantu Teu Lee Mee, 32, yang ingin membantunya.

Bagaimanapun, isteri Tang, Peh Kim Eng yang berusia 50-an, terselamat apabila dia pura-pura mati selepas ditikam, dan kini dirawat di hospital.

Shafie berkata selepas membunuh mangsa, ketiga-tiga lelaki menggeledah rumah dan melarikan wang tunai serta barang kemas.Dua daripada mereka diberkas polis selepas dikesan menggunakan telefon bimbit mangsa manakala seorang lagi masih bebas.

Sementara itu, Shafie berkata polis sukar menjejak pendatang asing tanpa izin yang bekerja di ladang getah yang terletak jauh di kawasan hutan kerana mereka memasang perangkap berasid di sepanjang jalan menuju ke pondok tempat mereka tinggal.

Beliau berkata maklumat orang ramai diperlukan bagi menangani masalah ini secara efektif.

Wong, yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Masyarakat Sarawak berkata kabinet negeri itu sering membincangkan masalah keselamatan yang disebabkan kehadiran pendatang asing tanpa izin.

Sehubungan itu, orang ramai diingatkan agar tidak mengupah mereka kerana ia adalah satu kesalahan serius.

Related Posts:

  • Penculik tuntut RM210,000 + RM50,000 RUMAH Nagaraja di Taman Desa Pelancongan, Lahat, Ipoh yang telah dikosongkan selepas didakwa diintip penjenayah yang menculik bapanya Jumaat lalu. IPOH – Sebuah keluarga hidup dalam keadaan tidak keruan apabila bukan … Read More
  • Gambar-gambar pelik Banyak lagi gambar-gambar pelik, aneh dan lucu untuk kita hilangkan tekanan setelah sehari suntuk mengikuti isu-isu berat yang berlaku sekeliling kita. … Read More
  • Rezeki terpijak orang asli SEREMBAN - Rezeki terpijak. Itu ungkapan yang sesuai… Read More
  • Ngeri! Kemalangan kereta terbakar hingga rentung ANGGOTA bomba mengangkat mayat Che Arminudin dan Marissa Alma yang rentung dalam kemalangan di Kota Bharu kelmarin. KOTA BHARU - Dua beranak yang bergegas keluar untuk menghantar saudara mereka menaiki pesawat tidak … Read More
  • Pengantin seksi dalam masjidPesan kepada diri dan pengunjung blog ini, semoga kita dijauhkan bencana ini. Semoga kita yang mempunyai anak, adik, kakak dan kerabat dijauhkan dari kejahilan ini. Cara untuk memulakan alam rumahtangga dengan cara yang memua… Read More

0 comments:

Post a Comment