2 February 2013

Mimpi Setelah Solat Istikharah

Soalan:

Apakah apabila kita bermimpi selepas solat Istikharah dan Tahajud, contohnya tentang seorang perempuan, maka dia adalah jodoh kita. Maksudnya dalam solat tersebut jita memohaon doa pada allah supaya ditunjukkan jodoh kita. Adakah memang itulah taqdir allah bahawa orang tersebut adalah jodoh kita dan itulah taqdir yang mutlak dan tidak berubah?

Jawapan:

1) Ramai menyangka selepas istikharah, ia akan disusuli dengan mimpi, atau terasa cerah hati terhadap sesuatu perkara. Dan menyangka itu adalah pilihan yang ditentukan Allah. Ini satu sangkaan yang silap.

2) Sebenarnya, apabila seseorang membuat istikharah, dan mengambil segala sebab musabbab untuk menentukan pilihannya dengan cara bertanya atau mengkaji, kemudian dia memilihnya, maka pilihannya itulah yang paling baik, walaupun tidak bermimpi.

3) Jika anda istikharah untuk mencari teman hidup, dan melihat seorang wanita dalam mimpi, tidak semestinya itu pilihan yang terbaik. Kerana mimpi kadangkala disebabkan apa yg difikirkan pada siangnya, lalu bermimpi pada malamnya.

4) Pilihan terbaik ialah anda berusaha bersungguh-sungguh mencari wanita yang solehah dan beragama, dari keturunan yang baik-baik, kemudian minta pandangan dan nasihat orang-orang soleh, dan beristikharah. Tidak perlu tunggu dia datang dalam mimpi.

5) Tetapi jika anda bermimpi, dan merasakan ia bukan mainan tidur, maka anda boleh bertanya orang alim lagi soleh untuk menta’birnya.

Related Posts:

  • Pelajar terbaik STPM amal 4 petuaBESUT — Seorang daripada pelajar terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) negeri Terengganu, Siti Aisyah Syahirah Azman dari Sekolah Menengah Agama Maarif di sini sentiasa mengamalkan empat perkara yang beliau ang… Read More
  • Anda nak murtad, silakan murtadDalam sebuah kajian bertema tentang tudung di Indonesia, seorang wanita yang mengaku sebagai mahasiswa UIN Yogyakarta mengatakan bahawa tudung adalah simbol kekerasan dan pemaksaan terhadap wanita dan kerana itu dia akan sege… Read More
  • 10 Negara mempunyai jumlah penduduk Islam terbesar di dunia Sebagai agama dengan penganut terbesar nombor dua di dunia, Islam menjadi agama yang penganutnya tersebar di seluruh dunia. Hampir di semua negara di seluruh dunia, pasti ada penduduk muslimnya. Dan dalam posting kali ini… Read More
  • Malaysia tak tesenarai dalam 10 negara yang berpendapatan Per kapita terbesar dunia Salah satu garis panduan yang digunakan untuk menentukan tingkat kesejahteraan dan kemakmuran negara adalah dengan mengira pendapatan per kapita negara, iaitu besarnya pendapatan rata-rata penduduk di suatu negara. Pendapat… Read More
  • 10 Sungai terpanjang di Dunia Mungkin anda sekalian sering melihat senarai ini di dalam buku-buku. Jadi mungkin sudah ramai yang tahu. Tapi sekadar untuk mengingatkan semula senarai sungai-sungai terpanjang dunia. Berikut ini saya senaraikan 10 Sungai t… Read More

0 comments:

Post a Comment