4 February 2013

Adakah Kuala Lumpur Kini Dijajah Pendatang Asing Sepenuhnya?

Kita baru sahaja menyambut Hari Wilayah Persekutuan bagi meraikan dan memperingati pengisytiharan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan. Sambutan ini disambut pada setiap 1 Februari setiap tahun.

Tujuannya tidak lain tidak bukan adalah untuk peningkatan kesedaran serta memupuk semangat jati diri dan rasa bangga yang lebih tinggi sebagai warga Wilayah Persekutuan.

Namun di sebalik semua itu, ada beberapa perkara yang nampaknya kita, terutama pihak berkuasa, terlepas pandang!

Untuk rekod, kawasan sekitar Pasar Budaya (merangkumi Jalan Silang, Lebuh Pudu, Jalan Hang Lekiu, Jalan Pintas, Bangkok Bank, Jalan Tun H.S Lee dan beberapa jalan lagi) boleh dikatakan suatu ketika dulu pusat dan nadi ibu kota Kuala Lumpur.

Ia bukan saja menjadi tempat tarikan pelancong di dalam, tetapi juga di luar negara. Apatah lagi kedudukannya yang strategik berhampiran terminal bas Puduraya dan Dataran Merdeka.


Selain itu terdapat deretan bangunan komersil termasuk bank-bank yang ‘menghiasi’ kawasan tersebut. Tetapi kini, kawasan yang suatu ketika dulu menjadi tumpuan ramai, telah berubah ‘lanskapnya’ sama sekali.

Lokasi tersebut kini seakan-akan di Dhaka, Kathmandu dan Yangon dengan kewujudan bagai cendawan premis perniagaan dipercayai milik warga asing berkenaan yang menguasai sekitar 80 peratus perniagaan di situ.

Kini ramai warga Bangladesh, Myanmar dan Nepal memenuhi kawasan berkenaan terutama ketika hujung minggu dan cuti umum.

Perlu ditegaskan di sini, tidak ada salah untuk warga asing ini mengunjungi kawasan tersebut kerana tidak ada undang-undang yang melarang mereka berbuat demikian, mereka juga berhak untuk menjalani kehidupan sosial seperti orang lain.

Namun ADALAH SALAH SAMA SEKALI jika mereka melanggar peraturan dan undang-undang termasuk mencemari sensitiviti masyarakat tempatan dengan menjadikan tempat tersebut seperti ‘mak bapa mereka yang punya!’

Premis seperti restoran dan kedai gunting rambut yang menggunakan bahasa asing secara terang-terangan pada papan tanda premis masing-masing semakin bercambah menyebabkan pengunjung berasakan seolah-oleh berada di negara berkenaan.

Lebih menjijikkan, kawasan tersebut semakin kotor apabila warga asing ini berkelakuan seperti ‘tanah air mereka’ dengan meludah ‘air sireh’ di merata-rata menjadikan kawasan berkenaan ‘mini Yangon, mini Dhaka dan mini Kathmandu’


Pendek kata,kawasan itu seolah-oleh telah diubah menjadi kawasan hak mutlak milik warga asing itu. Percaya atau tidak, dua tahun lepas, klinik haram yang dikendalikan warga Nepal pun wujud di kawasan itu. Nasib baiklah tindakan pantas pihak berkuasa berjaya menghalang ia daripada terus beroperasi.

Ini belum lagi masuk bab pelacuran dan jenayah yang boleh kita baca dalam dada-dada akhbar. Malah ada rekod menunjukkan para pelacur di situ tidak segan silu memperdagangkan tubuh walaupun di siang hari di bulan Ramadan!

Beberapa tahun lepas juga menyaksikan insiden panik apabila seorang warga Mynamar merampas sebuah bas Transnasional di kawasan itu sebelum merempuh deretan kenderaan yang parkir di tempat tersebut.

Kita tidak pernah menafikan usaha pihak berkuasa seperti polis, Imigresen dan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) namun persoalannya mengapa kawasan berkenaan dilihat seolah-olah begitu payah hendak digempur, makin ditangkap, makin ramai yang muncul, makin disaman, makin banyak kesalahan yang dilakukan.

Di mana salah dan di mana silapnya perkara ini?

DBKL terutamanya…kawasan tersebut terletak hanya beberapa ratus meter daripada ibu pejabatnya, namun tidakkah mereka ‘berasa sesuatu’ melihat pemandangan jelik seperti ini?

Datuk Bandar nampaknya sering bertukar tetapi ‘mini Kathmandu, mini Dhaka dan mini Yangon’ tetap kukuh dan makin makmur!

Mungkinkah nak tunggu Perdana Menteri turun padang dan melakukan ‘walkabout’ di kawasan itu baru nak kelam-kabut?

0 comments:

Post a Comment