13 January 2013

Jamaah Tabligh Selenggarakan Pertemuan Tahunan Terbesar di Bangladesh

BANGLADESH - Lebih dari dua juta umat Islam dari seluruh dunia berkumpul di tepi Sungai Turag luar ibu kota Bangladesh pada Jumaat, 11 Januari. Pertemuan Muslim terbesar di dunia selepas haji.

"Lebih dari satu juta umat sudah ada di sini, tapi kami berharap, seperti tahun lalu, jumlah itu akan menembusi angka dua juta pada doa terakhir pada hari Ahad," Nurul Islam, salah seorang panitia dari Biswa Ijtima' tahunan kepada Agence France Presse (AFP ).

Jutaan umat Islam tersebut memenuhi Sungai Turag di Tongi, sekitar 40 km utara ibu negara Bangladesh, Dhaka. Mereka berkumpul untuk mendengar khutbah dari para ulama. Peserta dari luar negeri termasuk ulama Islam terkenal dari pelbagai negara di seluruh dunia juga turut bergabung di Dhaka di tengah cuaca sejuk untuk ikut serta dalam acara yang berlangsung selama tiga hari tersebut. Acara tahunan yang kali ini berlangsung untuk yang ke 48 diadakan oleh Jamaah Tabligh.

Pertemuan tiga hari termasuk khutbah yang menyampaikan pada isu-isu berkenaan aktiviti Jamaah Tabligh, doa dan zikir, serta aktiviti untuk kesejahteraan umat Islam. Acara bermula secara rasmi dengan khutbah pembukaan pada hari Khamis selepas Maghrib dan ditutup dengan doa penutup pada hari Ahad.

Kereta api khas dan feri telah disediakan untuk pengangkutan para peserta ke acara tersebut.

"Sekitar 30,000 orang asing dari lebih dari 100 negara juga menyertai jemaah tahun ini," kata Islam.

Peserta dari luar negeri itu berasal dari China, Amerika Syarikat, India, Pakistan, Malaysia, Jepun, Singapura, Arab Saudi, Kuwait dan Inggeris. Peserta yang berjuta-juta itu tidur di dalam khemah-khemah sederhana. Mereka kini juga menghadapi cuaca sejuk melampau yang tengah melanda Bangladesh.

Diselenggarakan oleh tabligh Jamaat, sebuah kumpulan non-politik yang menggalakkan orang ramai untuk mengikuti ajaran Islam dalam kehidupan seharian mereka, pertemuan pertama kali diadakan pada tahun 1964 di Tongi, Dhakka bertempat di Masjid Kakrail. Tahap kedua acara ini, yang juga berlangsung tiga hari, akan bermula pada 18 Januari.

Bangladesh adalah negara Muslim-majoriti terbesar ketiga di dunia, dengan jumlah umat Islam membentuk hampir 90 peratus daripada 152 juta penduduknya.

Related Posts:

  • Lagi kes hina IslamKAHERAH 3 Feb. – Aktor komedi terkenal Arab, Adel Imam, dijatuhi hukuman penjara tiga bulan kerana menghina Islam dalam filem-filem serta dramanya, menurut satu dokumen mahkamah, semalam. Imam yang juga Duta Muhibah Pertubu… Read More
  • hasil kerja seni unik SALAH satu ciptaan Cyrus Kabiru. NAIROBI - Artis seni Kenya, Cyrus Kabiru menunjukkan hasil kerja seninya yang menggunakan pelbagai objek untuk menghasilkan pelbagai reka bentuk bingkai seperti cermin mata. Cermin mata u… Read More
  • Dua negeri Australia tenggelam GAMBAR disiarkan oleh pihak berkuasa New South Wales menunjukkan bahagian utara negeri berkenaan ditenggelami air bah kelmarin. SYDNEY - Ribuan penduduk terputus hubungan semalam selepas hujan lebat menyebabkan air bebe… Read More
  • Telefon kesan penyakitSEOUL - Telefon pintar tidak hanya berfungsi sebagai alat penghubung selepas sekumpulan saintis Korea menambah fungsinya untuk mengesan penyakit. Ketua kumpulan penyelidik di Institut Sains dan Teknologi Maju Korea, Profe… Read More
  • Harga emas dunia dijangka menaik Seorang penjual di sebuah kedai emas di Tokyo menunjukkan kepingan emas yang menyaksikan harganya semakin meningkat di pasaran dunia. - AFP KUALA LUMPUR 3 Feb. - Harga emas dunia dijangka meningkat mencecah AS$1,… Read More

0 comments:

Post a Comment