17 January 2013

Bank akan luluskan Pinjaman bagi mereka yang ingin Kahwin lebih


MESIR - Untuk mengurangkan jumlah perempuan yang belum berkahwin di Mesir, Bank Mesir untuk Pembangunan dan Kredit Pertanian menggalakkan poligami bagi petani muda.

Ketua Bank, Mohsen Batran, mengumumkan dalam satu sidang media yang diadakan dengan Menteri Pertanian pada hari Selasa, bahawa bank akan memberikan pinjaman kepada petani muda, untuk membantu mereka dalam hal bayaran pernikahan, demikian pemberitaan akhbar-akhbar kerajaan Mesir Al-Ahram, sebagaimana dilaporkan oleh alarabiya . net Selasa 15 Januari lalu.

Program ini meliputi sokongan bayaran untuk poligami, namun maksimum dengan dua isteri saja. Pimpinan bank mengatakan bahawa bunga pinjaman pada perkahwinan yang pertama adalah tiga peratus manakala bagi perkahwinan kedua adalah enam peratus.

Bagi lelaki yang ingin mempunyai isteri ketiga, harus membayar bunga pinjaman yang lebih dari 15 peratus. Menurut Al-Ahram, ada sembilan juta perempuan yang belum berkahwin di Mesir.

Batran mengkritik orang-orang yang ragu-ragu tentang sokongan bank untuk petani, menambah bahawa bank telah membantu 37 ribu petani dalam membayar hutang mereka.

Related Posts:

  • Guru muzik Saddam perompakMELBOURNE: Pemuzik di majlis perkahwinan yang satu ketika dulu pernah berkhidmat sebagai guru muzik kepada bekas Presiden Saddam Hussein, dihukum penjara lima tahun mahkamah Australia kerana memecah masuk rumah dua wanita … Read More
  • Wanita terkaya dihukum mati Wu Ying diiringi dua anggota polis ketika dihadapkan ke mahkamah di Zhejiang atas tuduhan menipu. - AGENSI SHANGHAI 19 Jan. - Mahkamah Agung China hari ini mengekalkan hukuman mati ke atas seorang wanita yang pernah ter… Read More
  • Ketua 'Baju Merah' sertai KabinetBANGKOK - Pemimpin kumpulan 'Baju Merah' yang didakwa atas tuduhan keganasan semasa protes antikerajaan pada 2010, merupakan antara muka baru yang dipilih menyertai Kabinet Thailand dalam rombakan terbaru, yang mencetuskan… Read More
  • Kematian pertama H5N1 di VietnamHANOI - Vietnam hari ini melaporkan kematian pertama akibat selesema burung dalam tempoh dua tahun, ketika virus sama turut mengorbankan seorang kanak-kanak di Kemboja. Kebimbangan tentang virus influenza semakin meningkat… Read More
  • Palestin terus diiktirafThailand negara ke-131 perakui kemerdekaan Palestin NEW YORK: Thailand mengiktiraf negara merdeka Palestin semalam, langkah dipuji pemimpin Palestin yang semakin bersemangat meningkatkan imej di mata dunia di tengah kebun… Read More

0 comments:

Post a Comment