6 January 2013

Kisah Mayat Berkepala Babi

Gambar Hiasan
Suatu ketika Rasulullah saw sedang duduk-duduk bersama sahabat-sahabat nya di serambi masjid, tiba-tiba datang seorang pemuda arab, berdiri di depan pintu masjid meratap sambil menangis. Rasulullah saw kemudian menegurnya.
"Wahai anak muda, mengapa engkau menangis seperti itu."
"Ya Rasulullah, ayah kami baru sahaja meninggal dunia."
"Kemudian!"
"Akan tetapi tidak seorang pun yang mahu memandikan dan mengkafaninya."

Lalu Nabi saw mengutuskan Saidina Abu Bakar dan Saidina Omar bin al-khattab untuk menziarahi mayat orang tua pemuda tersebut. Keduanya melihat dengan jelas bahawa mayat itu kepalanya nampak seperti babi hutan yang hitam legam. Keduanya kembali menghadap Rasulullah saw dan melaporkan kejadian pelik itu.

Mendengar berita itu, Rasulullah saw segera berangkat ke tempat mayat itu berada. Setelah menyaksikan sendiri, teryata mayat itu benar-benar berwajah babi hutan. Lantas Rasulullah saw berdoa kepada Allah, seketika wajah si mayat tersebut berubah dan kembali seperti manusia biasa. Sehingga para pelawat yang sudah lama berkumpul di tempat itu, bersedia memandikan, mengkafani serta melakukan sembahyang jenazah itu.

Saat semua sudah selesai, mayat itu segera diangkat dan dibawa ke pemakamam. Namun tatkala mayat itu diturunkan untuk dikebumikan, mengejut kejadian pelik terjadi lagi. Betapa terkejut mereka apabila tali kafan bahagian kepala dibuka, teryata wajah mayat itu berubah seperti kepala babi hutan yang hitam legam lagi.

"Wahai anak muda, sebenarnya perbuataan apa yang pernah dilakukan ayahmu semasa hidupnya?" tanya Rasulullah saw.
"Ya Rasulullah, ayah saya sering meninggalkan solat."

Selesai mendengar keterangan yang demikian, Rasulullah saw segera memberi peringatan kepada semua yang hadir seraya berseru;
"Wahai sahabat-sahabatku! Saksikanlah olehmu sekalian bahawa orang yang meninggalkan solat, kelak pada hari kiamat akan dibangkitkan oleh Allah swt dengan wajah seperti babi hutan yang hitam kelam. Kerana itulah, marilah kita selalu berlindung kepada Allah, mudah-mudahan kita semua dijauhkan dari hal yang demikian itu. "

0 comments:

Post a Comment