Shabelle - Seperti dilaporkan pejabat berita Harakah Al-Shabaab
al-Mujahidin pada Sabtu (12/1/2013) yang lalu,
lima helikopter Perancis menyerang sebuah lokasi di bandar Bula-Marer,
sekitar 30 km dari selatan Marka, di Lower shabelle, dalam usaha untuk
melepaskan tebusan Perancis, Dennis Allex.
Dalam pertempuran yang
berlangsung selama kira-kira 45 minit, Mujahidin dengan izin Allah
berjaya menggagalkan serangan itu dan setelah berlaku serangan sengit,
akhirnya berjaya mengusir pasukan Perancis yang mengambil bahagian dalam
operasi yang pasti telah ditakdirkan untuk gagal.
Helikopter-helikopter
yang menyerang sebuah rumah di Bula Marer dengan anggapan bahawa Dennis
Allex berada di sana, tetapi kerana kesalahan besar perisikan, misi
penyelamatan berubah menjadi malapetaka.
Beberapa tentera Perancis tewas
dalam pertempuran dan ramai yang cedera sebelum mereka melarikan diri
dari medan pertempuran, meninggalkan beberapa peralatan ketenteraan dan
bahkan salah satu rakan mereka di lapangan. Tentera Perancis yang
terluka kini dalam tahanan Mujahidin dan Allex masih tetap aman dan jauh
dari lokasi pertempuran.
Walaupun pelbagai amaran dikeluarkan
oleh pemimpin Mujahid, Syeikh Mus'ab Abdul Wadud, bahawa setiap usaha
untuk menyelamatkan tebusan akan mengakibatkan bencana, namun kerajaan
yang dipimpin oleh Francois Hollande tidak mempedulikannya.
Setelah
usaha penyelamatan gagal dilakukan oleh pasukan Perancis, tidak hanya
memperlihatkan kecuaian mereka, tetapi juga jelas menonjolkan Kenyataan
berulang yang mengabaikan kehidupan rakyatnya. Dan bukannya
menyelamatkan mereka, operasi keliru seperti ini hanya lebih
membahayakan nyawa para tebusan.
Sebagai tindakan terhadap operasi
penyelamatan ini oleh pasukan Perancis, Mujahidin al Shabaab akan
memberikan keputusan akhir mengenai nasib Dennis Allex dalam dua hari
kemudian.
0 comments:
Post a Comment