11 January 2013

Pelarian Kanak-kanak Syria dalam keadaan Menyedihkan

Bekaa - Satu gambar yang menunjukkan seorang kanak-kanak tidur di atas salji di sebuah kem pelarian Syria di Lubnan timur, Lembah Bekaa telah membangkitkan reaksi di dunia maya.

Gambar menunjukkan seorang budak tidur dengan beralas permaidani nipis dan berselimut sejadah di atas salji yang sejuk dalam kedudukan yang tidak selesa.

Cuaca sejuk dan basah di seluruh kawasan telah membuat keadaan menyedihkan bagi para pelarian, yang telah melebihi angka 540,000, menurut laporan PBB.

Jumlah terbesar pelarian Syria berada di Lubnan, di mana hampir 170,000 orang berdaftar telah melarikan diri dari kekerasan sejak Mac 2011. Pemerintah Lubnan mengatakan jumlah pelarian dianggarkan sekitar 200,000.

Lebih daripada 13,000 warga Syria telah memasuki Lubnan dalam beberapa hari terakhir, menurut laporan terbaru media.

Warga Syria banyak yang melarikan diri ke negara jiran untuk mengelakkan kekerasan tentera rejim. Menurut laporan PBB yang terkini, 60,000 orang telah terbunuh dalam peperangan Syria.

0 comments:

Post a Comment