TURKI - Dalam usaha untuk menggalakkan kanak-kanak untuk rajin solat, sebuah masjid Turki menawarkan komputer tablet kepada kanak-kanak yang solat di masjid selama dua bulan.
"Kami ingin menarik perhatian kanak-kanak dan menggalakkan mereka untuk solat dengan menggunakan keghairahan mereka terhadap teknologi dan internet," kata Cebrail Öztürk, imam Masjid Dayili di daerah yozgat Akdamadeni, kepada agensi berita Anatolia sebagaimana dilaporkan onislam.net Rabu 2 Januari.
Dia mengatakan kanak-kanak yang menghadiri solat di masjid selama sekurang-kurangnya 180 kali dalam dua bulan akan diberikan komputer tablet percuma.
"Kanak-kanak boleh mengumpul kupon yang kami berikan setelah selesai solat."
Imam mengatakan aksi pemberian komputer tablet ini dibiayai oleh penduduk kampung dan orang Turki yang tinggal di Eropah.
Muslim membentuk sekitar 99 peratus daripada penduduk Turki. Turki mempunyai beribu-ribu masjid, yang paling terkenal di antaranya adalah Masjid Biru, yang bercirikan rekabentuk warna biru yang menghiasi dinding dalamannya.

0 comments:
Post a Comment