1 January 2013

Perodua memanggil balik 74,000 unit model Myvi generasi baru

Perodua memanggil balik 74,000 unit model Myvi generasi baru yang dikeluarkan pada Mac 2011 dan Mac 2012 untuk menggantikan lajur Electronic Power Steering (EPS) melalui kempen yang dinamakan “Preventive Measure Campaign”.  Perodua akan menanggung segala kos untuk menggantikannya dan pemilik model tersebut disarankan untuk menghantar kenderaan mereka ke pusat servis Perodua terdekat secepat yang mungkin.

Masalah tersebut boleh mengakibatkan pemandu akan merasa stereng berat sedikit semasa memandu pada kelajuan antara 30 km/h dan 40 km/h dan boleh dikesan apabila penunjuk EPS dinyalakan. Isu ini boleh diatasi untuk sementara dengan mematikan dan menghidupkan semula enjin kereta.

Related Posts:

  • Pak Imam baling kasut ke arah panel hakimSeorang Imam, Hoslan Hussin hari ini dipanggil ke Mahkamah Persekutuan untuk menjelaskan tindakannya membaling kasut ke arah panel hakim berkenaan dalam satu insiden bulan lalu. Hoslan, 46, berkata beliau telah menerima s… Read More
  • Nak kahwin dengan warga asing tu cek dulu background dia Gambar Hiasan GEORGE TOWN — Biro Perkidmatan Awam dan Aduan MCA Pulau Pinang menasihatkan orang ramai yang ingin berkahwin dengan warganegara asing supaya mengenal pasti latar belakang terlebih dahulu bagi mengelakkan is… Read More
  • Cabul : SKMM tak berani nak bertindakSuruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terus dibidas kerana kegagalan menyiasat beberapa blog pro-Umno yang memfitnah Lim Guan Eng dengan menyiarkan laporan kononnya anak ketua menteri Pulau Pinang itu telah… Read More
  • Ustaz lucah cium budak lelakiMelaka - Seorang guru tahfiz dituduh di Mahkamah Majistret di sini, semalam, kerana melakukan kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki di sebuah madrasah di Ayer Molek, lima tahun lalu. Ismail Ghazali, 44, dari M… Read More
  • 5 negara kos hidup paling murah di dunia Nombor 1 Paraguay - Negara paling murah di dunia dalam tinjaun Mercer adalah Paraguay , iaitu sebuah negara yang terletak di Amerika Selatan. Kadar sewa bulanan di pangsapuri di pusat bandar Paraguay hanya RM450 dan harg… Read More

0 comments:

Post a Comment