10 January 2013

Pejuang Syria berjaya bunuh 39 Tentera Assad & Hancurkan Tank di Damsyik

Syria - Pertempuran antara pejuang-pejuang Syria dengan pasukan rejim Bashar Assad terus berlangsung sepanjang Rabu 9/1 lalu.

Dilaporkan bahawa beberapa brigade pejuang - termasuk Brigade Ansarul Quran, Saraya al-Hasan dan Brigade Husein - bersatu padu melawan pasukan tentera rejim Bashar Assad di kawasan Aqrabah di luar ibu kota Syria, Damaskus.

Dilaporkan pula oleh markas maklumat Tentera Pembebasan Syria (Free Syrian Army / Jaysul Hurr) bahawa para pejuang itu berjaya membunuh 39 orang tentera Bashar Assad dan mencederakan sejumlah besar yang lain. Para pejuang juga berjaya menghancurkan tank T72 milik pasukan Bashar.

Pada masa yang sama, dikhabarkan meledaknya sebuah bom kereta di kawasan Mu'adhamiyyah di pinggir Damascus. Belum diketahui jumlah korban dan siapa yang bertanggungjawab atas letupan tersebut. Terperinci mengenai keadaan terkini para warga Syria dan para pejuang biasanya baru dapat diketahui selepas para aktivis kemanusiaan di lapangan selesai mengesahkan.

0 comments:

Post a Comment