27 January 2013

Subhanallah! Ibu Kurang Siuman ini Bersalin dengan Mudahnya


Seorang ibu yang tidak mempunyai rumah telah melahirkan anak lelakinya di lorong gelap sebuah pasar raya di daerah Baiyun, bandar Guangzhou, China.

Dengan hanya berbekalkan gunting yang dibawa ke mana sahaja, wanita malang itu telah menggunting tali pusat bayinya itu dan urinya telah dicampakkan ke dalam tong sampah.

Selepas itu, si ibu dilihat berjalan sejauh enam kilometer di sebatang jalan sambil mengendong bayi lelakinya itu.

Lebih malang lagi, bayi berkenaan tidak dibalut atau diselimutkan dengan sebarang kain.

Orang ramai yang melihat situasi wanita itu cuba untuk menghulurkan bantuan dengan membawa wanita dan bayinya ke hospital yang berdekatan, tetapi wanita itu langsung tidak memperdulikan pelawaan tersebut.

Tetapi, atas desakan orang ramai, wanita itu dibawa juga ke sebuah hospital untuk diberikan rawatan lanjut.

Namun, wanita itu bertindak keluar dari hospital tersebut selepas kira-kira lima jam berada di sana.

Dia kemudiannya sekali lagi dilihat merayap di sekitar jalan di bandar itu.

Malah dia sempat meletakkan bayinya di atas jalan tanpa sebarang alas sewaktu hendak meminum air di dalam lopak berhampiran.

Polis dipanggil tidak lama selepas itu bagi membolehkan keadaan wanita dan bayi lelakinya diberikan rawatan sekali lagi di hospital.

Pihak hospital memaklumkan yang wanita tersebut mengalami masalah tekanan jiwa dan mental yang teruk.

Difahamkan wanita tersebut sudah merayap di sekitar bandar Guangzhou sejak beberapa bulan lalu dan hanya memakan sisa-sisa makanan yang dibuang.




P/S: Walau bagaimana pun, biar pun dia gila tapi dia masih lagi menjaga anak nya, tidak di buang merata-rata tak seperti orang yang mgnaku kononya tak gila tu.

Related Posts:

  • Mengapa Yahudi menggali di bawah Masjid Al-Aqsa?Luangkanlah masa untuk membaca tentang kejadian masa lalu dan yang akan datang. Anda mestilah benar-benar mengetahui apa yang berlaku di Palestin pada hari ini. Ketahuilah apa yang Zionis lakukan dan yang lebih pentin… Read More
  • Kelebihan Makan Menggunakan Tangan Makan menggunakan tangan adalah antara sunnah Nabi Muhammad s.a.w yang telah lama ditinggalkan oleh umat baginda pada hari ini. Tangan adalah antara alat utama untuk mengambil dan menyuap makanan ke dalam mulut.  Jik… Read More
  • Maher Zain Sebelum Penyanyi Berjaya Maher mendapat mendapat inspirasi daripada ayahnya untuk terlibat dalam bidang muzikal,. Ayahnya adalah penyanyi solo yang selalu membuat persembahan di bandar Mediterranean iaitu Tripoli. Keluarganya berpindah ke Swedan… Read More
  • Tepukan Pukau 2 WanitaAMPANG: Hanya dengan sekali tepukan di bahu dipercayai dilakukan dua wanita warga asing, seorang pengawal keselamatan mendakwa kerugian RM1,000 akibat dipukau dalam kejadian di flat di Pandan Mewah di sini, kelmarin.Dalam … Read More
  • Fakta Laut Mati dan Misteri Hancurnya Kaum Homoseksual Dalam berbagai penelitian yang dilakukan, peristiwa atau lokasi kejadian diazabnya umat Luth AS ini adalah di Kota Sodom, di daerah yang sekarang dikenal dengan nama Laut Mati atau di danau Luth yang terletak di p… Read More

0 comments:

Post a Comment