31 January 2013

Team Produksi Disebalik Kontroversi Drama SAHARA Terdedah

 Patut la merepek tak tentu hala jalan ceritanya. Rupanya orang yang mengarahkan drama neh pun bukan orang islam. Yang aku pelik. Kan ada pengarah bersama. A.Harith tue bukan orang islam ke? Atau sekadar nama tempelan tetapi tak buat apa2 kerja?

Kalau dia orang islam dah lama dah dia patut tegur cara arahan Dinesh Samby.  Atau mungkin dia bersetuju dengan cara olahan Dinesh Samby mengenai sekolah tahfiz dan wanita berpurdah?

Muslim dan non muslim bersatu buat drama merepek atas tujuan dakwah. Ingatkan orang bukan islam jek reti hina islam. Rupanya yang sama akidah pun tak kurang hebatnya dalam menyelewengkan ajaran islam sebenar ek?

Lihat bawah ;

pengarah kreatif :Anup Malik
pengarah fotografi : Kamarul Ariff Jamaluddin
penyunting: D’nesh dan Muhd Syamim
Penerbit eksekutif: Jamal Hj Ismail (astro)
Penerbit eksekutif : Devraj Nair
Penerbit : RAAM Punjabi
Pengarah: Dinesh Samby dan A.Harith
Gambar pengarah yang berbaju kotak hitam ;



 Secara peribadi pendapat aku tiada salahnya untuk orang bukan islam terbitkan dan arahkan drama2 berbentuk dakwah. Tetapi seeloknya sila dapatkan nasihat dari mereka2 yang pakar sebelum mengarahkan apa2 drama atas tujuan dakwah. Bimbang mesej dakwah yang ingin disampaikan tak sampai2 kepada penonton. Sebaliknya menambahkan salah faham dan kebencian pula.

Itu kalau orang islam yang tengok. Bayangkan kalau non muslim yang tengok? Silap2 depa cakap orang melayu neh pongpang2 jek cakap pasal islam. Pakai tudung pegang tangan juga. Main cinta juga. Sekali pandang mesti kita seme ingat owhh drama2 macam neh mestilah orang muslim yang buat. Takan orang bukan islam pula yang buat. Betul tak? So sekaligus menghasilkan persepsi negatif kepada umat islam itu sendiri.
Berikut kat bawah pula pendapat Ustaz Zaharuddin dan Ustaz Azhar Idrus berkenaan drama Sahara ;


Komen Ustaz Zaharuddin ;

"Drama ini patut diKRITIK dan dihentikan siarannya kerana merosakkan imej wanita berhijab. Wanita berhijab TIDAKLAH sedemikian murah untuk berdating, berpegangan tangan, berpelukan dengan lelaki bukan mahram. Kalau kita marah-marah non muslim menghina dan memberi gamabarn salah terhadap kalimah Allah dan Nabi serta ajaran Islam, kini ia dilakukan oleh manusia yang beragama Islam sendiri."

Dan, aku juga nak tambah sikit. Penerbit dan pengarah drama2 yang bukan ala2 islamik juga. Jangan ingat bila drama2 korang bukan ala2 islamik korang bebas pula pakai seksi dan berpelukkan. Korang pun tak kurang teruknya macam penerbit2 drama di atas. Tak kira sapa pun korang berhentikan memaparkan hiburan yang melampaui batas.

Kot ye pun nak kan hiburan, berpada2 la. Jangan sampai hukum apa seme main langgar lari jek.

0 comments:

Post a Comment