1 April 2012

Dua guru ditangkap sebab hina Nabi

Bangladesh telah menahan dua guru sekolah akibat membuat drama yang mengandungi kenyataan menghina tentang Nabi Muhammad SAW.

"Drama ini mengandungi kenyataan tentang menghina Nabi, yang menimbulkan kemarahan umat Islam," kata ketua polis Farid Uddin pada Agence France-Presse (AFP) hari Sabtu, 31 Mac.

Sebuah drama tentang nabi ini dimainkan oleh ketua sekolah beragama Islam dan seorang wanita Hindu seminggu lalu.

Akibat dari drama, beribu-ribu orang Bangladesh yang marah turun ke jalan-jalan di Kaliganj, 250 kilometer barat daya ibu kota Dhaka.

Pemprotes memenuhi jalan utama serta di depan sekolah kota itu selepas solat Jumaat. Hingga hari Sabtu, aksi protes masih dilakukan.

"Situasinya masih stabil," kata Zaiadul Haq, seorang pegawai polis pada AFP.

Dua guru ditangkap pada hari Sabtu dalam usaha untuk menenangkan penunjuk perasaan yang marah.

Bangladesh adalah negara Islam ketiga terbesar di dunia dengan penduduk mencapai kira-kira 148 juta.

Negara ini mempunyai sistem undang-undang sekular tetapi Majlis kampung boleh mengeluarkan fatwa untuk menyelesaikan pertikaian di kawasan luar bandar.

Sebelumnya pada Mac, mahkamah memerintahkan kerajaan Bangladesh untuk segera menyekat laman laman web dengan kandungan yang dianggap menyakiti sentimen Agama umat Islam.

Mahkamah tinggi mengeluarkan perintah setelah dua pensyarah mengajukan permohonan mencari tindakan terhadap penerbitan bahan offensive pada laman Facebook dan beberapa website lain, yang mereka katakan menghina Nabi dan Islam.

0 comments:

Post a Comment