17 April 2012

Hadiah RM50 juta kepada sesiapa yang boleh tangkap Obama dan Bush

Anggota parlimen England dari Parti Buruh membuat tindakan yang berani. Nazir Ahmed, demikian namanya, mengutarakan kenyataanya yang sangat berani. Dalam Harian Pakistan Express Tribune, pertengahan April ini, muslim pertama yang menjadi ahli Dewan Britain itu menawarkan hadiah sebanyak 10 juta Pound Sterling atau sekitar RM50 juta. Angka sebesar itu akan diberikan kepada sesiapa saja yang boleh menangkap Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dan bekas Presiden AS George W. Bush.

Kenyataan tersebut diungkapkan oleh Nazir Ahmed di Haripur, Pakistan, minggu lepas sebagai balasan atas tawaran kerajaan Amerika yang menawarkan memberikan hadiah sebanyak US10 juta atau kira-kira RM30 juta bagi yang berjaya menangkap Hafiz Muhammad Saeed, pimpinan Laskhar e Tayyiba. Warga Pakistan itu didakwa AS sebagai dalang serangan pengganas 2008 di Mumbai, India.

Aksi Nazir Ahmed mendapat tindakan tegas. Parti Buruh Britain mematikan keahlian ke atas warga Pakistan tersebut, kerana terlalu berani mencabar AS. "Kita telah mematikan sementara keahlian Ahmed hingga ia selesai disoal siasat. Jika kenyataan itu benar dan serius, kami akan melakukan tindakan tegas ke atasnya," kata jurucakap Parti Buruh, seperti dilaporkan oleh AFP, Isnin (16/4) yang lalu.

Selama menjadi anggota House of Lord England, Nazir Ahmed memang sering menjadi seorang yang cukup menarik perhatian kerana keberaniannya. Dia menjadi penganjur pelancaran buku di House of Lord pada 2005 diatas karya penulisannya yang membuat kontroversi dari Sweden, Israel Shamir, yang dikenali anti-Israel dan Yahudi. Selain itu, Ahmed juga sangat berani menentang keputusan kerajaan Britain yang memberikan gelaran bangsawan kepada Salman Rushdie pada 2007. Bagi Ahmed, Rushdie tidak layak diberi gelaran tersebut kerana telah menghina Islam, jelasnya didalam buku The Satanic Verses.

Related Posts:

  • Jutawan Amerika masuk islamFIRMAN Allah SWT yang bermaksud: Bukanlah kewajipanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allahlah yang memberikan (memberi taufik) siapa yang dikehendaki-Nya… (al-Baqarah: 272) Maka itu, tidak hairan jika hidaya… Read More
  • Taliban bunuh tentera NATO dengan peluntur pakaianPejuang Taliban berjaya memasukan racun di dalam makanan pasukan tentera NATO di Afghanistan dengan "peluntur pakaian". Menurut tuntutan Taliban, mereka telah membunuh lima orang dengan cara mencampurkan racun ke dalam makana… Read More
  • Kilang organ mayat manusia yang mengerikanCuba perhatikan gambar-gambar ini suasana didalam kilang yang membedah mayat-mayat yang mati dalam kemalangan,mayat yang tidak dituntut ataupun mayat mereka yang setuju untuk mendermakan organ mereka. Mayat-mayat yang tela… Read More
  • Budak saman polis RM105,444 Gambar Hiasan BOGOR - Dalam kes di Indonesia, seorang remaja lelaki berumur 17 tahun, kelmarin memfailkan saman 32 juta Rupiah (RM105,444) terhadap polis kerana mendakwa diseksa semasa sesi soal siasat. Pada 2009, Syahri… Read More
  • Sanggup bedah muka untuk jadi rupa syaitanGambar dibawah menunjukkan seorang manusia yang sangat bodoh apabila dia membedah mukanya untuk menjadi seperti rupa syaitan.. … Read More

1 comment: