28 April 2012

Google bekerja sama menghalang ekstremisme dunia

Dari Perjuangan Islam hingga ke neo-Nazi. Lebih dari seribu bekas "militan Islam" bergabung dalam sebuah rangkaian talian yang disokong Google untuk menghalang keganasan. Rangkaian ini menggunakan nama Against Violent Extrimism (AVE) atau gerakan Melawan Keganasan Ekstrimisme, seperti dilaporkan media Rusia RT.COM.

Menurut petikan kumpulan ini disebut, "para bekas ekstrimis dan korban keganasan ekstremisme diberi kuasa untuk bekerja sama menghalang ekstremisme dan mencegah pengambilan para pemuda".

Ideanya mudah, baik para mangsa dan pelaku serangan ekstremisme boleh menghentikan orang lain dari menyebarkan idea-idea keganasan. Rangkaian ini mengatakan "menggunakan teknologi untuk saling berkaitan, saling bertukar maklumat, dan menghalang pengaruh segala bentuk ekstremisme keganasan, baik keganasan oleh kumpulan kiri (sosialis), kanan ekstrim, rangkaian Al Qaeda dan kumpulannya.

Organisasi AVE ini berharap dapat menggunakan website dan rangkaian Youtube, sehingga para anggotanya boleh terus berhubungan, berkongsi idea, bekerjasama mencari rakan kongsi dan menyebarkan mesej mereka ke khalayak ramai.
 
Idea untuk membentuk rangkaian ini pertama kali dihasilkan pada saat acara Sidang Kemuncak Melawan Keganasan Ekstrimisme 2011 yang diadakan oleh Google Ideas. Google memutuskan untuk membiayai program AVE ini selama sekurang-kurangnya dua tahun.

Related Posts:

  • Tel Aviv, destinasi popular golongan gay SEORANG pondan membuat persembahan pada satu parti gay di Tel Aviv pada 7 Januari lalu. TEL AVIV, Israel - Bandar raya Tel Aviv di sini menjadi antara destinasi paling popular yang dikunjungi golongan gay dari seluruh d… Read More
  • Calon Presiden AS dedah cukainya MITT ROMNEY (kiri) dan Newt Gingrich mengambil bahagian dalam perdebatan calon Presiden Republikan di Universiti of South Florida di Tampa, Florida kelmarin. WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Calon yang setakat ini m… Read More
  • Kembar enam kelahiran pertamaKABUL: Seorang wanita Afghanistan yang hamil anak sulung tidak menyangka akan melahirkan kembar enam di hospital di bandar raya Mazar-e-Sharif. Dia mengakui tidak menyedari hamil lebih daripada seorang bayi kerana tidak pe… Read More
  • Punca jualan kereta terkecil merudum GAMBAR fail menunjukkan sebuah kereta Nano terbakar pada 21 Mac 2010 di Mumbai, India. NEW DELHI - Apabila Tata Motors melancarkan Nano pada 2009, kereta kompak termurah di dunia itu dijangka mencatat keuntungan besar di … Read More
  • Muzium terbesar Mesir dibuka 2015KAHERAH - Muzium terbesar Mesir yang bakal menempatkan lebih daripada 100,000 artifak dan monumen-monumen dari era firaun, bakal dibuka pada 2015, menurut Menteri Artifak Purba, Mohamed Ibrahim, semalam. “Muzium itu aka… Read More

0 comments:

Post a Comment