12 April 2012

Islam di Nigeria kecam Kerajaan sebab Larangan Jilbab

Peguam Muslim merancang untuk mengecam kerajaan negara-negara bahagian terbesar di Nigeria, Lagos untuk membatalkan larangan pemakaian tudung di sekolah.

"Keputusan untuk ke mahkamah adalah disebabkan dari beberapa peristiwa yang mempengaruhi umat Islam terutama pentadbiran yang melarang anak-anak perempuan kami memakai tudung ke sekolah," kata Barrister Adesina Ishaq dari Persatuan Peguam Muslim Nigeria (Muslim Lawyers Association of Nigeria / Mulan), kepada OnIslam.net, Selasa 10 April.

"Kami merasa bahawa umat Islam ditolak hak mereka bahkan di daerah di mana mereka berada adalah puak majoriti.

Kerajaan Lagos telah melarang pemakaian tudung di sekolah. Pakaian muslimah juga dilarang di sebahagian besar wilayah di barat daya Nigeria.

Ishaq mengatakan perbincangan dengan kerajaan telah gagal untuk meyakinkan pihak berkuasa Lagos untuk membatalkan larangan pemakaian tudung di sekolah.

"Kami diberitahu bahawa anak-anak perempuan kami boleh memakai tudung sampai ke pintu gerbang tetapi mereka harus menanggalkannya ketika memasuki kawasan sekolah mereka," katanya.

"Kami merasa ini adalah satu penghinaan dan tamparan kepada hak-hak keagamaan kami yang dijanjikan dalam perlembagaan sebagai seorang Muslim. Jadi kami ingin mahkamah untuk menyelesaikan masalah ini."

Minggu lalu, Mulan meminta kerajaan Lagos untuk segera membatalkan larangan berjilbab. Ishaq menegaskan bahawa umat Islam masih terbuka untuk berdialog jika kerajaan bersedia membatalkan undang-undang yang "menindas dan diskriminasi" tersebut.

Jilbab merupakan pakaian wajib bagi muslimah, bukan simbol agama yang menampilkan kaum seseorang. Pakaian muslim menjadi sasaran diskriminasi di Perancis, sejak negara Eropah itu melarang pemakaian tudung di sekolah awam atau negeri pada tahun 2004. Sejak itu, beberapa negara Eropah telah mengikutinya.

Muslim membentuk 55 peratus daripada 140 juta penduduk Nigeria, sementara Kristian sekitar 40 peratus.

Ketegangan etnik dan agama telah berlaku selama bertahun-tahun antara dua komuniti agama,disebbakan oleh kebencian antara masyarakat pribumi, kebanyakan Kristian atau animis, yang bersaing untuk menguasai tanah pertanian yang subur dengan penduduk Muslim yang hanya terdapat di bahagian utara wilayah Nigeria.

Related Posts:

  • ‘Servis penghantar susu ibu’ SEORANG pekerja, Lenny Rukiya Tampubolon (kanan) menyerahkan susunya kepada kakitangan penghantaran sebelum diserahkan kepada bayinya di Jakarta, semalam. Syarikat sedia khidmat penghantaran pastikan bayi dapat khasiat… Read More
  • Penggodam Israel balas dendam serangan Arab SaudiRIYADH: Penggodam Israel yang menggunakan nama IDF-TEAM, membalas dendam serangan Arab Saudi terhadap Bursa Saham Tel Aviv dalam pusingan terbaru perang siber. Penggodam Israel melumpuhkan laman web kedua-dua Bursa Saham … Read More
  • Pakistan tolak lawatan Duta AS Hubungan Islamabad, Washington terus tegang sejak serangan NATO ISLAMABAD: Pakistan menolak permohonan duta khas Amerika, Marc Grossman untuk melawat negara itu, kata seorang pegawai kanan semalam meningkatkan lagi … Read More
  • Wanita lahirkan anak dalam kereta apiNEW YORK: Seorang wanita New Jersey mendapat kejutan seumur hidup, apabila melahirkan anak pertamanya dalam kereta api komuter Pihak Berkuasa Pengangkutan Hudson (PATH) ke bandar raya ini. Wanita berusia 31 tahun itu, Rab… Read More
  • Britain selar kawasan penempatan Israel Nick Clegg LONDON: Britain menyelar pembinaan kawasan penempatan Israel dengan melabelkannya sebagai 'vandalisme yang disengajakan’ bagi menghalang pembentukan sebuah negara Palestin dan memberi amaran bahawa masa se… Read More

0 comments:

Post a Comment