20 April 2012

Astaghfirullah! Masjid Bersejarah zaman Usmaniah Turki Dibakar

Salah satu masjid bersejarah di wilayah Siprus milik Turki terbakar akibat serangan sekumpulan pemuda Greece.

Mehr News (18/4) melaporkan, masjid bersejarah Köprülü Haci Ibrahim Aga di bandar pelabuhan Limassol, Siprus, dibakar oleh para pemuda ekstrem Greece. Pelbagai peninggalan bersejarah dalam masjid tersebut dan juga tingkap-tingkap ukiran masjid terbakar. Masjid tersebut dibakar pada tarikh 13 April lalu.

Darwish Araoglu, Presiden Wilayah Turki Siprus menyatakan tindakan pembakaran masjid itu dan mengatakan, "Kerugian yang dialami dari tindakan tersebut sangat jauh dari nilai-nilai kemanusiaan dan juga menunjukkan bahawa pihak Yunani tidak menghendaki toleransi terhadap tempat-tempat ibadat dan juga tidak mengakui hak-hak umat Islam.

Para pemuda Yunani di Siprus menyiram petrol dan membakar masjid lama era Kerajaan Usmaniah. Kerugian yang disebabkan oleh tindakan pembakaran tersebut sangat besar.

Akhirnya lenyaplah dan rosaklah peninggalan bersejarah era Kerajaan Usmaniah yang merupakan peninggalan sejarah terkenal di Siprus.

Yang lebih menghairankan lagi, pihak polis Siprus tidak ingin mengambil tahu tuntutan warga Muslim Siprus atas tindakan pembakaran tersebut. Tiada penyiasatan mahupun penangkapan, dan polis hanya menyatakan bahawa tindakan tersebut dilakukan oleh segelintir penganggur.

Related Posts:

  • Bapa tergilis anakKERETA kepunyaan bapa mangsa, di pekarangan rumahnya di Kampung Dusun, Kuala Lipis. Gambar kecil menunjukkan keadaan Nurfazliyana selepas digilis.Mangsa maut ekori kenderaan tanpa disedari pemandu sedang mengundurKUANTAN: Seo… Read More
  • Wanita OKu terselamat dari kebakaranSUNGAI PETANI — Setelah menyedari rumahnya terbakar, seorang wanita kelainan upaya (OKU) Faizah Adnan, 35, segera mengejutkan dua orang adiknya yang sedang tidur untuk menyelamatkan diri.  Dalam kejadian pada pukul 9.1… Read More
  • Seorang pekerja syarikat utiliti yang bermimpi dikejar pokok kelapa sawit, ditemui matiPONTIAN: Seorang pekerja syarikat utiliti yang bermimpi dikejar pokok kelapa sawit, ditemui mati dihempap pokok kelapa sawit yang ditebang di kebunnya di Kampung Tengah Ayer Baloi dekat sini, pagi semalam. Dalam kejadian… Read More
  • Puting beliung terbangkan bumbung keadaan Pangsapuri Teratai di Bukit Subang, Subang Jaya yang rosak akibat dilanda puting beliung semalam. SUBANG JAYA – Seorang wanita yang sarat mengandung sempat menyelamatkan anak bongsunya berusia dua tahun daripada di… Read More
  • Bapa undur kereta lenyek kepala anak  Seorang kanak-kanak perempuan berusia 18 bulan maut digilis kereta yang sedang diundur bapanya di rumah mereka di Kampung Dusun, Kuala Lipis petang Selasa. Nurfazliyana Jais maut di tempat kejadian ak… Read More

0 comments:

Post a Comment