20 April 2012

Lagi pesawat terhempas di Pakistan 127 terbunuh

Pesawat Bhoja Air Boeing 737-200 yang membawa 132 penumpang jatuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Islamabad, Pakistan, dilaporkan lebih dari 127 orang penumpang terbunuh.

Dipetik dari Press TV, Sabtu (21/4/2012), Bhoja Air Boeing 737-200 itu terbang dari Karachi ke Islamabad dan dijadualkan akan mendarat pukul 6:50 (1350 GMT) waktu tempatan tapi menurut keterangan pegawai lapangan terbang tempatan, cuaca buruk menjadi salah satu penyebab jatuhnya pesawat ini.

Kapal nahas tersebut membawa 121 penumpang, 11 anak kapal, serta enam krew pesawat, kata Jabatan Pertahanan Pakistan.

Saksi mata menjelaskan, pesawat nahas itu tiba-tiba turun dengan sangat cepat sehingga akhirnya jatuh ke tanah. Sejumlah bangunan juga rosak akibat kemalangan ini. Sejurus kemudian kepulan asap dan api tinggi keluar dari lokasi kemalangan. Dilaporkan, berlaku kebakaran beberapa bangunan ditempat lokasi kejadian.

Sumber-sumber Pihak Berkuasa Penerbangan Awam mengatakan pesawat itu sebelumnya mendapatkan izin untuk mendarat, namun pesawat terputus perhubungan dengan menara kawalan beberapa minit sebelum jatuh di bandar Goral.

Kapten Arshad Mahmood dari Angkatan Laut Pakistan mengatakan, kemalangan berlaku ketika pesawat mendekati landasan pacu untuk mendarat.

Sementara itu, ahli penerbangan tempatan, Razaullah Khan, berkata, berdasarkan potongan-potongan yang ada, pesawat jatuh ke darat dengan sangat kuat. Pihak Bhoja Airlines hingga kini ini belum memberikan keterangan rasmi.

Kecelakaan yang dialami Bhoja Airlines ini adalah kali kedua dalam dalam tempoh 2 tahun. Sebelumnya, pada Julai 2010 lalu, 152 orang terkorban akibat kemalangan sama.

Related Posts:

  • Arab Saudi iktiraf SNC  SESORANG askar Syria yang berpaling tadah menunjukkan isyarat kemenangan ketika menyertai petunjuk perasaan lain di daerah Khalidiya, Homs. Badan pembangkang dianggap perwakilan sah rakyat Syria BANDAR K… Read More
  • 'Beri layanan baik untuk United' 2012/01/28 LIVERPOOL: Kapten Liverpool, Steven Gerrard meminta peminat kelab itu berkelakuan elok ketika kunjungan Manchester United ke Anfield bagi pertembungan Piala FA, hari ini. Pusingan keempat itu bakal di… Read More
  • PBB terima kokain 16 kilogramDadah dari Mexico dihantar guna beg diplomatik palsu tanpa alamat NEW YORK: Bungkusan kokain seberat 16 kilogram untuk jualan pengedar dadah Mexico sampai ke tempat yang tidak sepatutnya iaitu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Ber… Read More
  • Harimau bintang baham wanita hamil HARIMAU bintang yang dikurung di zoo di Guwahati selepas ditangkap semalam. MOZIZ...mangsa.   GUWAHATI: Dua orang, termasuk seorang wanita hamil cedera parah selepas dibaham seekor harimau bintan… Read More
  • 'Bagaikan mimpi' Nadal  MELBOURNE: Rafael Nadal berkata, ia ibarat 'mimpi' apabila menempah tempat ke final Terbuka Australia selepas ditimpa kecederaan sebelum kejohanan yang hampir menyebabkan dia menangis di bilik hotelnya.… Read More

0 comments:

Post a Comment