7 April 2012

Puluhan mahasiswa Yale bangkit menentang perkauman

Bersatu kerana kesedihan dan kemarahan, puluhan mahasiswa Yale bangkit pada hari Khamis, 5 April, untuk melakukan aksi menentang diskriminasi dan perkauman, atas pembunuhan Trayvon Martin dan Shaima Alawadi.

"Didiskriminasi kerana memakai jenis pakaian tertentu, atau yang datang dari pelbagai latar belakang agama atau bangsa tertentu kerana tidak boleh menerima," pernyataan oleh Himpunan Mahasiswa Islam Yale, yang dipetik oleh Daily News Yale. .

Acara ini diadakan untuk memprotes pembunuhan atas Shaima Alawadi, seorang ibu 32 tahun yang mempunyai lima orang anak, yang telah ditemui tidak sedarkan diri pada tarikh 21 Mac di ruang tamu rumah mereka di El Cajon di San Diego County.

Tiga hari kemudian ia dilaporkan meninggal setelah berjuang menentang kecederaan yang dia alami. Polis menyatakan bahawa pembunuhan tersebut berdasarkan atas xenophobia kerana catatan sang pembunuh yang dijumpai dekat tubuh mangsa.

Mahasiswa Yale juga melakukan aksi mengutuk pembunuhan kepada Trayvon Martin seorang remaja Afro-Amerika yang ditembak pada 26 Februari.

Trayvon remaja Miami yang memakai hoodie atau pakaian dengan penutup kepala ditembak lebih daripada sebulan lalu oleh George Zimmerman seorang sukarelawan pengawal alam sekitar di Sanford. Zimmerman mengatakan kepada polis dia melepaskan tembakan kerana mempertahankan diri. Dia belum didakwa meskipun ada bukti bahwan Trayvon tidak memegang senjata masa itu

Pihak pengurusan Tindakan meminta mahasiswa untuk memakai hoodie atau jilbab untuk memprotes diskriminasi berdasarkan pakaian individu.

"Kami ingin membantu menyebarkan berita di kampus bagi menghormati kehidupan Trayvon dan Shaima dan menghantar mesej keras dan jelas" tambah Persatuan Mahasiswa Muslim Yale dalam pengumuman mereka.

Pembunuhan Alawadi juga mencetuskan kempen Facebook di mana banyak wanita memposting foto-foto mereka memakai tudung walaupun bukan muslim.

Laman Facebook yang One Million Hijabs for Shaima Alawadi "kini mencapai 14758 ahli.

Related Posts:

  • 'Perangkap bookie' Sumber SPRM sahkan hanya seorang pemain Perlis terbabit atur perlawanan KANCAH bola sepak tanah air seakan-akan mahu meniti semula 'era kegelapan'.  Semalam, sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malays… Read More
  • Kematian akibat serangan jantung semakin berkurangLONDON 26 Jan. – Satu kajian mendapati, kematian akibat serangan jantung telah menurun dalam tempoh kurang dari 10 tahun. Berdasarkan kaji selidik yang dilakukan ahli-ahli akademik Jabatan Kesihatan Umum Universiti Oxford, … Read More
  • Wanita hanya tutup badan3 berjubah tiada pakaian dalam BANDAR KUWAIT: Orang ramai yang membeli belah di sebuah kompleks perniagaan di Salmiya, menunjukkan reaksi terkejut apabila sekumpulan anggota polis tiba bagi menahan tiga wanita muda yang h… Read More
  • Pengguna kritik polisi privasi GoogleLONDON 26 Jan. - Pengguna Google selepas ini mungkin akan merasa 'terbeban' setiap kali melayari laman carian popular itu susulan rancangannya untuk menghubungkan maklumat pengguna antara e-mel, video, rangkaian sosial dan… Read More
  • Padah guna identiti abangTOKYO: Seorang lelaki memalsukan kematiannya dengan menggunakan identiti abang yang sudah meninggal dunia kerana cuba mengelak membayar hutang, kata polis dan media semalam. Tsukasa Oizumi sentiasa memandu menggunakan les… Read More

0 comments:

Post a Comment