26 January 2013

Kisah Dr Aafia Siddiqui ilmuwan Muslimah Pakistan Yang Di Perkosa & Disiksa dalam Penjara


Wahai ibu, setiap malam dalam mimpiku Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam mengunjungiku. Lalu Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam mengajakku untuk menemui isterinya Aisyah Radhiallahu Anhu, dan mengenalkannya kepada isterinya bahawa inilah putriku Afia.

Usaha pembebasan Dr Aafia Siddiqui terus dilakukan oleh kaum Muslimin dari berbagai rantau dunia. Muslimah Pakistan, Dr Aafia Siddiqui saintis yang dipenjara di Amerika, menderita barah dan mengalami gangguan seksual selama dalam tahanan. Dr Aafia Siddiqui lahir di Karachi, Pakistan, tarikh 2 Mac 1972. Dia adalah ibu dari tiga orang kanak-kanak dan juga seorang penghafal (hafiz) Quran. Aafia dan ketiga-tiga anak itu ditangkap oleh agen perisikan Pakistan pada bulan Mac 2003 dan diserahkan kepada orang-orang Amerika di Afghanistan dan dipenjarakan di Bagram.

Di penjara ia berulang kali diperkosa, disiksa dan didera selama bertahun-tahun. Pada tarikh 4 Ogos 2008, pendakwa raya persekutuan di Amerika Syarikat menegaskan Aafia Siddiqui telah dihantar pulang ke AS dari Afghanistan. Dia ditahan sejak pertengahan Julai 2008. Selama dalam tahanan wanita kecil dan lemah ini dituduh menembak para pegawai AS (padahal tidak ada yang terluka) sementara dirinya lah yang terluka selama proses penahanan itu.

Berikut ini pidato yang menyentuh dari Lauren Booth seorang mualaf England dalam aksi 'Menentang Penahanan Aafia Siddiqui' di London 23/9/2012. Lauren Booth dikenali hebat melakukan pembelaan terhadap umat Islam yang ditindas. Meskipun merupakan saudara ipar dari mantan PM England Tony Blair, Booth dengan berani menyeru menyeret mantan PM England itu bersama George W Bush ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa kerana bertanggungjawab dalam berbagai kejahatan terhadap umat Islam.

Ini isi pidato dari Laurent Booth:

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Wahai saudara-saudaraku seiman, Aafia Siddiqui adalah saudara kita dalam ikatan kemanusiaan. Dia adalah saudara kita dalam Islam, dan apa yang telah dilakukan Amerika terhadapnya adalah sebuah tindakan jenayah, dan mengapa mereka memenjarakan seorang wanita seperti saudara kita Aafia? Mari kita lihat sebenarnya siapakah dia. Aafia Siddiqui adalah seorang ahli sains biologi saraf, salah satu dari para saintis genius umat kita sekarang.

Wahai saudara-saudaraku, enam bulan yang lalu saya berada di Malaysia, saya mendatangi sebuah persidangan yang bertujuan untuk membawa George Bush dan Tony Blair ke mahkamah Hague, mahkamah dengan tuduhan jenayah perang. Di persidangan itu saya berbincang dengan seseorang ibu-ibu Iraqi, yang telah diambil dari rumahnya, yang telah dituduh dengan salah satu tuduhan jenayah Amerika, yang telah diseksa, anak saudaranya telah dibawa ke penjara dan dibogelkan di hadapannya, dan dimalukan dengan tindakan yang lain, anak perempuannya diancam akan diperkosa.

Kalau ada orang yang berani mengecam kita sebagai tunjuk perasaan anti Barat, maka kami akan katakan jangan cuba-cuba mengancam kami secara emosional, kerana undang-undang yang buruk tetaplah hukum yang buruk, tindakan jenayah tetaplah jenayah, dan kita akan selalu memprotesnya hingga Allah subhana wa ta 'ala memanggil kita .. dan kamu tidak akan mendiamkan kami dengan tuduhan-tuduhan 'anti Barat' dan 'anti-Semitisme'

Saudara-saudara, Afia Siddiqui tidak ditahan sebagai pengganas

Dia ditahan kerana dia adalah saintis biologi saraf

Dia ditahan kerana dia adalah seorang aktivis

Kalian mungkin tidak tahu, tetapi dalam masa 5-6 tahun sebelum dia ditahan, Afia telah menyuarakan deritanya Bosnia, Afghanistan, Iraq dan umat Islam di dunia.
Lauren Booth

Afia adalah seorang yang terbaik di antara umat kita ini

Saya bekerja dengan Muslim Legal Fund (yayasan bantuan undang-undang untuk Muslim) di Amerika, dan ketahuilah ketidakadilan yang menimpa Afia bukanlah satu-satunya ..

Saat ini di Amerika ada sekitar 300 saudara Muslim yang menjalani hukuman penjara dalam masa yang lama kerana tuduhan yang berdasarkan motivasi pre-emptive (sangkaan kejahatan sebelum kejahatan tersebut terjadi)

Amerika senang melakukan tindakan pre-emptive, seperti serangan pre-emptive dan sekarang mereka mahu keadilan pre-emptive.

Kamu tahu? Menurut saya mereka terlalu banyak menonton filem, siapa yang telah menonton Minority Report? Di dalam filem tersebut Tom Cruise adalah seorang polis dari masa depan, dan tidak ada kejahatan sama sekali, kerana jika ada tindakan jenayah, mereka boleh ke masa depan dan menghentikan tindakan jenayah tersebut. Mereka berfikir bahawa itu yang sedang berlaku di Amerika. Jika kamu berpakaian seperti "pengganas", jika kamu pergi ke persidangan-persidangan aktivis, jika kamu membantah dan kalian sesuai dengan kriteria-kriteria tersebut, Amerika akan melakukan tindakan pre-emptive dengan memasukkan kamu ke penjara dengan tuduhan jenayah pengganas, sebuah tindakan yang tidak kalian lakukan, dan tidak akan pernah kamu lakukan, saya mahu kamu semua bersedia terhadap ini, bukan bererti saya ingin kalian takut saudara-saudara, tapi kita harus bersatu.

Afia Siddiqui selalu teguh berjuang untuk saudara-saudara dan tidak pernah mundur. Demikian pula kita juga harus bersikap sama dengan Afia dan umat Islam yang lain di masyarakat kita.

Kerana kalau kita lihat England sekarang, ketika salah seorang dari saudara kita ditahan, seseorang yang kita kenal, mungkin dia seorang doktor, atau sukarelawan, tahukah kita apa yang terjadi? Apakah kita masih mahu mengunjunginya, atau kita berdalih kita bimbang terhadap keluarga kita .. ingat bahawa kita semua akan mempertanggungjawabkan kepada Allah berkaitan nasib saudara-saudara kita.

Maka kita tidak boleh takut, undang-undang yang tidak adil tetap jua tidak adil.

Dan saya akan tamatkan dengan kenyataan ini. Afia Siddiqui adalah mangsa ketidakadilan, tapi tidak ada yang menang di sini. Saya beritahu, Subhanallah, Afia Siddiqui adalah pemenang terhadap para penahannya. Dia adalah pemenang yang sebenarnya kerana Afia menginginkan Jannah. Alhamdulillah.

Di bulan Ramadhan 2011, ibu dari Afia mendapatkan telefon dari Afia yang terpenjara di Amerika. Ibunya pun menangis .. Ia ingat cucunya perlu melalui penderitaan, cucu laki-lakinya masih hilang, dan anak perempuannya masih tidak jelas bila akan bebasnya, kecuali dengan redha Allah .. Tahukah apa yang Afia katakan kepada ibunya? "Wahai ibu janganlah menangis, saya gembira!" (Subhanallah, kenapa dia gembira?) "Wahai ibu, setiap malam dalam mimpiku Rasulullah SAW mengunjungiku. Lalu Rasulullah SAW mengajakku untuk menemui isterinya Aisyah ra, dan mengenalkannya kepada isterinya dan beliau berkata pada Aisyah .. inilah putriku Afia .. "Subhanallah

Jadi kita bukanlah pemenang, tapi kita akan menjadi pemenang kalau kita bersikap tegas dalam menegakkan keadilan demi Allah subhanahu wa ta'ala. Dan ibu Afia telah mendapat khabar bahawa Afia akan mendapatkan jannah dari Nabi Muhammad SAW dalam mimpi Afia. Allahu Akbar, takbir!

Kita tidak akan takut oleh sesiapapun, kecuali Allah SWT. assalamu'alaikum "

0 comments:

Post a Comment