26 December 2012

Israel : Masyarakat Antarabangsa Adalah "BODOH"

Menteri Tenaga dan Perairan Israel mengatakan bahawa kecaman masyarakat antarabangsa terhadap rancangan pembangunan ribuan unit pendatang haram di Wilayah Pendudukan Palestin "menunjukkan kebodohan mereka."

Uzi Landau mengatakan kepada The Times Israel hari Isnin (24/12/12) bahawa Tel Aviv akan menjaga rancangannya untuk memperluaskan unit penduduk di wilayah pendudukan termasuk Timur al-Quds (Jerusalem).

Landau menepis kecaman luas dari rancangan penempatan dan mengatakan rejim Israel akan mengabaikan kecaman dan bergerak maju dengan rencananya.

Pada tarikh 19 Disember Tel Aviv juga meluluskan pembinaan 2,600 unit pendatang baru, yang dirancang akan dibina di Givat Hamatos, sebuah desa yang terletak di selatan al-Quds.

Pada tarikh 3 Disember, Israel mengumumkan bahawa pihaknya merancang untuk membina 1,600 penempatan haram baru di Timur al-Quds. Sementara pada tarikh 30 November, Israel meluluskan rancangan untuk membina 3,000 unit lebih di Timur al-Quds dan Tebing Barat yang diduduki.

Banyak negara, termasuk beberapa sekutu Israel mengutuk rancangan Israel. Negara-negara anggota Majlis Keselamatan PBB, kecuali Amerika Syarikat, mengutuk rancangan Israel pada 19 Disember, dan menyeru penamatan segera rancangan penempatan tersebut.

Pada hari yang sama, Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon memberi amaran bahawa membina penempatan di wilayah-wilayah pendudukan akan menjadi "pukulan fatal (kecelakaan)" untuk perbincangan masa depan antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.

Kepala polisi luar negeri Kesatuan Eropah, Catherine Ashton juga mengeluarkan kenyataan yang sama pada tarikh 20 Disember dan mengutuk rancangan Israel untuk membina unit penempatan haram.

Rancangan Israel itu diumumkan selepas 193-anggota Perhimpunan Agung PBB dengan 138-9 dan 41 abstain pada 29 November untuk meng-upgrade status Palestin di PBB dari pemerhati menjadi negara pemerhati non-ahli.

Related Posts:

  • Britain selar kawasan penempatan Israel Nick Clegg LONDON: Britain menyelar pembinaan kawasan penempatan Israel dengan melabelkannya sebagai 'vandalisme yang disengajakan’ bagi menghalang pembentukan sebuah negara Palestin dan memberi amaran bahawa masa se… Read More
  • Pakistan tolak lawatan Duta AS Hubungan Islamabad, Washington terus tegang sejak serangan NATO ISLAMABAD: Pakistan menolak permohonan duta khas Amerika, Marc Grossman untuk melawat negara itu, kata seorang pegawai kanan semalam meningkatkan lagi … Read More
  • Perang siber ke atas Israel TEL AVIV - Dua minggu selepas Israel dikejutkan denga… Read More
  • Wanita lahirkan anak dalam kereta apiNEW YORK: Seorang wanita New Jersey mendapat kejutan seumur hidup, apabila melahirkan anak pertamanya dalam kereta api komuter Pihak Berkuasa Pengangkutan Hudson (PATH) ke bandar raya ini. Wanita berusia 31 tahun itu, Rab… Read More
  • Penggodam Israel balas dendam serangan Arab SaudiRIYADH: Penggodam Israel yang menggunakan nama IDF-TEAM, membalas dendam serangan Arab Saudi terhadap Bursa Saham Tel Aviv dalam pusingan terbaru perang siber. Penggodam Israel melumpuhkan laman web kedua-dua Bursa Saham … Read More

0 comments:

Post a Comment