25 December 2012

Insiden Solat Jumaat, Khatib diturunkan Jemaah secara Paksa

TAIF - Sebuah kekecohan terjadi apabila khutbah Jumaat 14/12 lalu di sebuah masjid di bandar Taif, Arab Saudi barat.

Insiden berlaku apabila seorang khatib Sheikh Rashid bin Al Shahri Mufrih sedang berkhutbah, tiba-tiba seorang jemaah lelaki warga negara Afghanistan berusaha menurunkan khatib secara paksa.

Jumaat 14/12, Sheikh Rashid sedang berkhutbah tentang bahaya dadah dan minuman keras serta kesan negatifnya terhadap anak muda. Tiba-tiba ada jemaah lelaki asal Afghanistan berdiri, kemudian menghampiri mimbar khutbah dan menarik Sheikh Rashid. Lelaki tak dikenali ini memaksa khatib membatalkan khutbah.

Seperti dilaporkan Gulf News, para jemaah lain terkejut dan bergegas mengerumuni lelaki Afghanistan itu lalu membawanya ke sebuah bilik dan menguncinya dari luar. Polis kemudian datang dan membawa lelaki Afghanistan itu ke pejabat polis berdekatan.

Sheikh Rashid melanjutkan khutbahnya dan meminta agar lelaki Afghanistan yang membuat kacau tadi diperlakukan dengan baik. Sheikh Rashid mengatakan lelaki itu mungkin menderita masalah kejiwaan dan ia tidak bersenjata.

Seperti yang kita tahu, umat Islam dilarang berbicara bahkan berbisik-bisik ketika khatib Jumaat sedang berkhutbah.

Polis mengesahkan adanya kejadian tersebut.

Mereka mengatakan, "Seorang lelaki Asia diyakini berusia 50-an menyerang imam yang sedang berkhutbah di sebuah masjid di daerah Raja Fahad di Taif," kata jurucakap polis Salim bin Al Sharaaf Rabi.

"Beberapa jemaah masjid kemudian menahannya sampai polis datang dan membawa lelaki itu untuk disiasat. Nampaknya orang Asia itu menderita masalah psikologi, tapi kami akan menunggu hingga prosedur siasatan ini selesai," kata Salim

0 comments:

Post a Comment