ARAB SAUDI - Untuk pertama kalinya dalam sistem pendidikan awam di Arab Saudi, gambar-gambar wanita telah ditambahkan ke dalam buku bahasa Inggeris Sekolah, surat khabar al-Hayat melaporkan pada hari Selasa lalu, sebagaimana dilaporkan oleh alarabiya.net.
Gambar wanita telah dilarang di semua buku sekolah, baik sekolah untuk perempuan dan sekolah laki-laki, sejak awal pendidikan negara Saudi pada tahun 1926. Sebelumnya, gambar-gambar yang dipaparkan dalam buku sekolah di Arab Saudi merupakan gambar ilustrasi atau gambar tangan sahaja.
Namun kemunculan gambar pada buku bergambar wanita pada kalendar akademik tahun ini masih berupa tahap percubaan dan penentuan yang terkini bagi buku-buku itu akan dilaksanakan pada akhir tahun pembelajaran.
Walaupun begitu, wanita yang berada dalam gambar tersebut masih memakai purdah. Salah satu contohnya adalah buku bahasa Inggeris kelas tiga Sekolah, mengandungi gambar seorang jururawat memakai tudung dan topeng bedah sambil menyiapkan suntikan. Latihan yang menyertai gambar tersebut meminta pelajar untuk membincangkan perubahan dalam peratusan laki-laki dan perempuan dalam pekerjaan umum.
Ada juga sebuah gambar seorang gadis di makmal. Wanita itu kelihatan tidak memakai purdah dan diberikan ilustrasi untuk menutup wajahnya, sehingga nampak berpurdah.

0 comments:
Post a Comment