1 December 2012

Inilah Bukti Kerajaan Zionis Kelang Kabut semasa serangan Al-Qassam

Tel Aviv - perang lapan hari yang dinamakan perlawanan sebagai perang Hijarotu Sijjil telah merugikan ekonomi Israel mencecah 760 juta dolar.

Sementara itu, menurut pakar ekonomi Zionis menyebutkan, pada hari pertama serangan Israel ke Gaza telah merugikan ekonomi Israel mencapai 100 juta dollar.

Harian Yedeot Aharonot dalam laporannya menyebutkan, sumber-sumber pantau menyebutkan, jabatan perang Zionis akan dituntut menukar 250 hingga 510 juta dolar akibat serangan terakhirnya ke Gaza.

Di mata Hamas serangan Israel ke Semenanjung Gaza, Palestin, membuktikan kepanikan Negeri Zionis terhadap kemajuan persenjataan Hamas.

"Untuk pertamakalinya F16 Israel melintasi langit Gaza," kata Ketua Protokol Parlimen Palestin, Majed Nazebda, di Semenanjung Gaza, Khamis 29/11 lalu.

Tapi kerugian bukan cuma ada di pihak pejuang Palestin. Najeb menyatakan Zionis Israel juga merasakan serangan balasan yang tak kalah hebat. Pejuang Palestin, berjaya melancarkan roket Al-Qassam hingga ke tengah-tengah Ibu Kota Israel, Tel Aviv. Tidak setakat itu, pejuang juga berjaya menjatuhkan beberapa kapal laut Israel.

Kejayaan pejuang Palestin menyerang jantung kota Tel Aviv bukan perkara remeh. Jarak dari Gaza ke Tel Aviv berkisar 130 kilometer. Belum lagi Israel juga mempunyai sistem perlindungan antirudal yang disebut iron dome.

Najeb menceritakan, ketika Presiden Iraq, Saddam Husein berkuasa, ia pernah melancarkan 49 roket ke Bandar Tel Aviv. Kala itu Saddam berkata, siapa negara yang boleh melancarkan roket ke-50 ke Tel Aviv? "Ternyata pejuang Palestin lah yang berjaya menjawab soalan Saddam Husein pertamakali," ucap Najeb bangga.

Israel mula kekalahan menghadapi serangan roket Hamas yang bertubi-tubi. Sejak tahun 2007, kemampuan ketenteraan Hamas justeru semakin meningkat. Hal ini dilihat dari kuantiti roket yang telah dilancarkan oleh Hamas selama enam hari pencerobohan Israel ke Gaza.

Related Posts:

  • Lelaki ini ada 24 jari tangan dan kakiSemua orang mempunyai jumlah keseluruhan 20 jari tangan dan kaki. Tetapi, tidak begitu pada Yoandri Hernandez, lelaki yang berasal dari Baracoa, Wilayah Guantanamo, Cuba. Dia mempunyai 24 jari - masing-masing mempunyai enam d… Read More
  • Wajah tentera-tentera Britain yang terbunuh di Afghanistan semalamLima daripada enam tentera Britain yang terbunuh dalam letupan periuk api Taliban semalam adalah para tentera yang masih muda. Usia mereka tak sampai 21 tahun. Kementrian Pertahanan Britain mengatakan secara rasmi, bahawa li… Read More
  • 5 bandar-bandar terbusuk di duniaDi dunia ini, ada kota yang dinobatkan sebagai kota paling romantik (Paris), bandar tersibuk (New York) atau bandar terkecil (Vatican City) di dunia. Tapi ada pula yang mendapatkan reputasi buruk, salah satunya bandar yang pa… Read More
  • Gambar wanita leher panjangArkib Berita Sedunia membawa khabar berita dari negeri Thailand tentang wanita-wanita berleher dan panjang dari negeri gajah putih tersebut. Leher, bahagian tubuh yang menghubungkan badan dengan kepala, akan disisipi dengan … Read More
  • Gambar-gambar di dalam Piramid Piramid adalah pembinaan bangunan yang sudah digunakan sejak lama oleh bangsa Mesir kuno mahupun bangsa Maya, digunakan sebagai makam raja-raja masa terdahulu serta menjadi tempat ibadah aktiviti-aktiviti penyembahan. … Read More

0 comments:

Post a Comment