25 December 2012

63 Peratus Pemilih Mesir Mengatakan "Ya"

Sebanyak 63.8 peratus pemilih Mesir memberikan suara dan bersetuju dengan rancangan perlembagaan baru negara itu, menurut hasil terakhir yang diumumkan Selasa malam, 25/12/12, Press TV melaporkan.

Samir Abu al-Matti, ketua Jawatankuasa Pilihan raya membuat pengumuman ketika sidang akhbar di Kaherah, Selasa.

Di sela-sela pengumuman, ia menolak tuduhan pembangkang yang menyatakan adanya penipu andi beberapa tempat pengundian (TPS), "Kami secara serius sudah menyiasat semua tuduhan dan protes."

Jumlah pemilih yang terkini sekitar 32,9 peratus menolak, dan 10.693.911 pemilih menyatakan "ya".

Sementara itu, Perdana Menteri Hisham Qandil mengeluarkan kenyataan, "Tidak ada yang kalah dalam hasil referendum perlembagaan ini, ini untuk kita semua .."

Perdana Menteri juga menyeru "semua kekuatan politik untuk bekerja sama dengan pemerintah" membantu negara memulihkan ekonominya.

Pihak pembangkang menuduh bahawa teks perlembagaan yang oleh Presiden Mohamed Morsi dukung, gagal untuk menjamin hak-hak perempuan Mesir dan minoriti.

Sebalumnya, pada hari Ahad, pembangkang menuduh adanya penipuan dan pelanggaran dalam referendum, dan mengatakan mereka akan mengemukakan rayuan atas keputusan tersebut.

"Referendum ini bukanlah akhir perjalanan. Ini hanyalah satu pertempuran," kata pembangkang National Salvation Front dalam sebuah kenyataan yang dibacakan di sidang akhbar di Kaherah.

Lebih daripada lapan juta dari jumlah 25 juta pemilih yang layak di 17 wilayah pada Sabtu, 22/12/12 meneruskan babak kedua referendum perlembagaan baru negara yang menyatakan bahawa undang-undang asas Mesir akan diatur dengan prinsip-prinsip undang-undang Islam.

Related Posts:

  • Arab Saudi Hantar Lori Bantuan ke Syria Konvoi lori meninggalkan Riyadh menuju kem pelarian Syria di Jordan pada Khamis malam membawa kumpulan pertama dari bantuan yang dikumpul secara nasional yang setakat ini telah mengeluarkan kos kira-kira 125 juta dollar.R… Read More
  • 16 orang Penjaga Sempadan Mesir-Israel ditembak Sekumpulan lelaki bersenjata melancarkan serangan dan tembakan yang mengorbankan 16 penjaga sempadan keselamatan dan mencederakan beberapa orang lain di Sinai, dekat sempadan Mesir dengan Israel.Presiden Mesir Mohamed Mor… Read More
  • Presiden Israel Benjamin Netanyahu Diprotes Ribuan Warga Israel Tiga ribu warga Israel turun ke jalan Tel Aviv, pada Sabtu malam 4/8 lalu, dalam dua pertemuan terbuka berasingan bagi menentang polisi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.Mereka menuntut keadilan sosial serta pemb… Read More
  • Pembesar suara Masjid-masjid di Arab Saudi cetus perdebatan Suara keras dari pembesar suara masjid, yang digunakan untuk Azan dan bacaan Al-Quran selama bulan Ramadhan, mencetuskan perdebatan di Arab Saudi dan negara-negara Islam yang lain. "Meningkatkan suara pembesar suara di a… Read More
  • Kabinet Mursi sudah Dilantik Presiden Mesir Muhammad Mursi melantik kabinet baru pada hari Khamis lalu dengan mempertahankan ketua dewan tentera Marsekal Hussein Tantawi sebagai menteri pertahanan dan juga memberikan sejumlah kerusi kepada aktivis Is… Read More

0 comments:

Post a Comment