2 December 2012

Syeikh Yusuf al-Qaradhawi puji sikap Erdogan dan hentam pemimpin Liga Arab

DAVOS - Ulama Islam terkemuka yang juga ketua persatuan ulama Muslim antarabangsa (al-ittihad al-'alami li' ulama al-muslimin), Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi memuji sikap tegas PM Turki Recep tayep Erdogan di forum Davos (1/12) kelmarin.

Di forum ekonomi antarabangsa tersebut, Erdogan melakukan aksi walkout sebagai bentuk protes terhadap forum yang "memotong" peruntukan masa perbicaraan. Erdogan juga mengkritik keras kenyataan Presiden Israel Shimon Peres yang juga hadir dalam forum tersebut dan mengemukakan pembelaan atas serangan Israel ke Gaza.

Sikap Erdogan tersebut tanpa ragu-ragu mengundang banyak simpati dari para pecinta kemanusiaan di berbagai penjuru dunia, terutamanya dari kalangan umat Islam. Syeikh Yusuf al-Qaradhawi mengatakan sikap Erdogan sebagai "sikap lelaki sejati".

Ulama kelahiran Mesir yang kini menetap di Doha itu juga mengecam Amru Musa, Setiausaha Agung Liga Arab yang juga hadir dalam forum Davos namun bersikap terbalik dengan Erdogan. Ketika berbicara, Musa justeru sama sekali tidak mengecam Israel, dan apabila bercakap Gaza pun ia tidak demikian jelas. Setelah Erdogan mengundurkan diri, Musa justeru masih tetap duduk manis di sebelah Ban Ki-Moon dan Shimon Perez.

"Seharusnya, sebagai pemimpin Liga Arab, Amru Musa mempunyai sikap yang lebih tegas dari pemimpin bangsa Turki itu, atau paling tidak melakukan hal sama [walk out] seperti Erdogan," kata Syeikh al-Qaradhawi sebagaimana dilansir Islamonline.

Amru Musa sendiri berasalan "Tidak mungkin jika di forum tersebut tidak ada perwakilan Arab," penjelasan Musa kepada Al-jazeera (30/11).

"Saya telah bersikap betul, di forum tersebut Arab boleh menyampaikan pandangannya berkaitan pelbagai permasalahan," tambah Musa.

Selain itu, Syeikh lulusan Universiti Al-Azhar Mesir itu juga menonjolkan keadaan "masa depan" dan lemahnya nilai tawar negara-negara Arab. "Keadaan negara-negara Arab yang lemah inilah yang menjadikan Isarel pada akhirnya berani mengambil keputusan untuk menyerang Gaza."

Semenjak masa kemerdekaan, wilayah Arab, bermula dari Afrika Utara, Mesir, Afrika Selatan, Semenanjung Arabia (Hijaz), Syam, hingga Iraq, telah menjadi negara-negara kecil yang berjumlah lebih dari 10. Malangnya, tidak ada keseimbangan dan kesinambungan yang ideal antara negara-negara tersebut. Antara satu dengan negara lain malah terlibat konflik dan tidak jarang berperang fizikal. Keadaan "pecah belah" inilah yang sejatinya menjadikan kewujudan dunia Arab semakin lemah.

Related Posts:

  • AS tak berani serang Iran TEHERAN: Panglima Tentera Darat Iran semalam berkata, Amerika Syarikat tidak berani untuk melancarkan serangan ketenteraan terhadap Republik Islam itu. “Meskipun Washington mengerahkan kapal pengangkut pesawat, USS Carl Vins… Read More
  • India tetap import minyak dari Teheran MUMBAI: India semalam berkata, ia tidak akan mengurangkan import minyak dari Iran meskipun Amerika Syarikat dan Eropah menguatkuasakan sekatan baru terhadap negara itu. Menteri Kewangan India, Pranab Mukherjee berkata di Chi… Read More
  • Bapa bunuh anak dihukum penjara Mohammad Shafia (dua dari kanan) Tooba (tengah) dan anak mereka Hamed (dua dari kiri) diiringi ke sebuah mahkamah di Kingston, Ontario pada Sabtu lalu.ONTARIO, Kanada - Tiga beranak dari satu keluarga Kanada berketurunan Afg… Read More
  • Larian paling mencabar di dunia SEJUMLAH orang menyaksikan peserta menyertai larian paling mencabar di dunia di Perton kelmarin.PERTON, England - Seramai 6,000 orang menyertai larian paling mencabar di dunia di sini kelmarin dengan peserta dikehendaki mena… Read More
  • Artis seni rancang hantar batu tahi bintang 4,000 tahun GAMBAR fail menunjukkan sebongkah batu tahi bintang berusia 4,000 tahun yang dipamerkan di Gancedo, wilayah Chaco, Argentina.GANCEDO, Aregentina - Seorang artis seni Argentina, Nicolas Goldberg dan Guillermo Faivovich dari P… Read More

0 comments:

Post a Comment