27 December 2012

Hamas melarang keras Wartawan Gaza Bekerja di Media Israel

Gaza - Kerajaan Hamas di Semenanjung Gaza melarang wartawan tempatan bekerja untuk media Israel.

Keputusan larangan itu diambil dalam mesyuarat kabinet mingguan, yang menyebut media Israel mengambil sikap bermusuhan terhadap Palestin.

Kenyataan bertulis yang dikeluarkan Hamas merinci nama media dan stesen televisyen Israel yang beroperasi di Gaza dengan memimpin rumah produksi tempatan.

Bagi Hamas, yang berkuasa di Semenanjung Gaza sejak 2006, larangan ini merupakan kali pertama mereka terapkan. Hamas juga mengatakan larangan ini dikeluarkan kerana Israel terus merampas tanah Palestin untuk membina sejumlah penempatan Yahudi.

Keputusan ini diambil selepas konflik lapan hari November lalu yang menewaskan 177 warga Gaza dan enam warga Israel.

Organisasi Human Rights Watch (HRW) belum lama ini mengecam Israel kerana menyerang wartawan dan kemudahan media di Gaza yang mengorbankan dua juru kamera Palestin dan mencederakan 10 petugas media lain.

Related Posts:

  • Syarikat penerbangan Spanair muflis GAMBAR fail pada 20 Ogos 2008 menunjukkan sebuah pesawat Spanair berlepas dari lapangan terbang Barajas di Madrid. MADRID, Sepanyo - Berpuluh ribu penumpang di lapangan-lapangan terbang Sepanyol terkandas semalam selepas … Read More
  • Amerika bayar mangsa perang SEORANG pegawai tentera Amerika memberi bayaran takziah kepada penduduk di Jalalabad, Afghanistan pada 2007.Wang tebus kematian, kecederaan akibat operasi askar capai jutaan dolarKABUL: Sebagai mengakui kesilapan operasi ket… Read More
  • Kucing dapat lutut palsu CYRANO duduk di atas meja pada satu sidang akhbar di Universiti Negeri Carolina Utara di Raleigh, Carolina Utara Rabu lepas. RALEIGH, Amerika Syarikat - Kerana Cyrano memiliki berat lebih 9 kilogram, ia akan lumpuh jika sat… Read More
  • United tersingkir LONDON: Jaringan pada lewat permainan oleh pemain gantian, Dirk Kuyt menyaksikan Liverpool meraih kemenangan 2-1 ke atas Manchester United malam tadi untuk membolehkan kelab Merseyside itu menempah tiket ke kelompok 16 pasuk… Read More
  • Penderma sperma percuma di AS disiasat WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Seorang lelaki yang mendermakan spermanya sedang disiasat pihak berkuasa sama ada dia melanggar peraturan pendermaan sperma di AS.Berasal dari California, Trent Arsenault (gambar) berkat… Read More

0 comments:

Post a Comment