2 December 2012

Alhamdulillah, Turkey terus beri tekanan hebat kepada Israel

Davos - Hari demi hari, warga Israel semakin tidak yakin dan takut dengan negaranya. Dua hari yang lalu, kerajaan Israel mengeluarkan larangan bagi warga Israel untuk pergi melancong ke negara Recep Tayyip Erdogan tersebut. Hal ini membuatkan hampir kesemuanya penduduk Israel kecewa. Mengapa?

Bagi orang-orang Israel, Turki merupakan tempat bercuti yang menakjubkan.Selama bertahun-tahun, sebagai salah satu negara sekutu Israel, orang-orang Israel diperlakukan dengan baik jika berada di negara ini.

Hampir semua keluarga Israel, dari segala golongan, menghabiskan percutian tahunannya ke Turki. Sekarang, Turki menjadi "neraka dunia" bagi kaum Yahudi. Hal ini didedahkan sendiri oleh seorang Yahudi warga Turki, Haim Broida.

"Sebulan yang lalu, pasukan bola basket Israel dibaling batu, dan kelihatan jelas penonton pertandingan itu yang berasal dari Turki seperti ingin membunuh para pemain Israel." kata Broida, "Di mana-mana berlaku pembakaran bendera Israel, demo akan Israel berlangsung setiap hari, dan kenyataan rasis muncul di mana-mana. Ditambah, bukan hanya di jalanan, tapi juga di dalam kerajaan, PM Erdogan bertengkar dengan Presiden Shimon Peres di Davos . Ketika pulang, semua rakyat Turki menyambutnya sebagai pahlawan. Ketika ini Turki menjadi negara yang berbahaya buat Israel. "

Haim Broida melanjutkan, dengan semua kekacauan tersebut, sekarang semua pemimpin Israel sibuk dengan urusan pilihan raya. Sderot, kota di sebelah selatan Israel, dan Ashkelon masih dilanda ketakutan yang amat sangat. "Apakah sekarang, Israel masih mempunyai kejayaan?" tambahnya dengan nada putus asa.

Seperti yang membakar minyak tanah, pada saat ini, kerajaan Turki membuka Jualan besar-besaran untuk semua penerbangan ke Turki. Dalam tiga jam saja, semuanya sudah sold out. Sementara beratus-ratus orang Israel kecewa kerana ketika mereka akan pergi ke Turki, semua dikatakan sudah tak sedia lagi bilik dan penerbangan.

Satu hal yang sekarang tengah dirasakan langsung oleh warga Israel, bahawa boikot masyarakat dunia terhadap produk Israel mula terasakan impaknya oleh mereka. "Inilah bukti yang sahih, bahawa kesejahteraan dan kewujudan bangsa kami, Yahudi, sedang terancam." pungkas Broida.

0 comments:

Post a Comment